December 4, 2010

baru aku perasan aku banyak mencarut dalam blog sendiri. ^^

aku belek.belek post lama.lama. tetiba baru perasan. hahahaha. takpelah. yang baca macam lah kenal aku. maaf lah. hehe. darah muda. aku akan cuba kurangkan carutan. mesti yang lelaki kalau ADA yang baca cakap "apala perempuan zaman sekarang, mencarut macam common je. nanti dah dapat anak macam mana laaa." 
aku mengaku. aku perempuan. hehe.


kepada para pengoment di blog. terima kasih kerana mengoment. saya amat menghargainya. tapi kena tau sikit lah. aku tak reply kat situ. sebab tak nak comment tu bertambah sebab comment aku semak kat situ. kalau nak tau kena la tanya kat SINI ! kau taip je soalan apa. confirm aku jawab. pastu jangan lupa pulak tengok apa aku jawab. hehee. jangan tanya benda merepek. nanti aku buang je soalan kau tu. tapi so far, kat formspring memang takde lagi anonymous tanya soalan lucah. 


aku fed up betul dengan facebook sekarang ni. dah ramai eh yang dah deactive facebook. baguslah. tak yah dah bagi bom kat palestin. sebab zuckenberg tu dapat duit kalau kau log in. aku tau, tapi aku still ada facebook. bodo kan? ishhh.


harini last day bangun pagi. hooyeah. percayalah. hari.hari aku bangun pukul 5.30 pagi. pastu tido kejap, pastu pukul 5.50 bangun balik. tutup alarm. amik towel, pergi mandi. theeheehee. semua sebab kerja pagi. van tunggu pukul 6.30 pagi. masuk kerja pukul 8. puncak alam-hospital ampang dalam 1.5 jam. dalam van tido. dengar cam best kan. kalau kerja shift pagi lagi best. kau naik bas, pastu bas tunggu pukul 5pagi. so, kalau rasa kau tu mandi lembap, nak makeup seinci.*aku tak makeup ye. maaf. mmg outdated* bangun lah pukul 4 pagi. macam aku ni, kalau shift pagi bangun pkul 4.30. lambat sikit. sebab TAK makeup. hehe. kalau shift petang pulak bas tunggu pukul 12.30 tgh hari. so, kau siap la dalam pkul 11 camtu. tapi balik malam. pkul 9. penat la jugak. sampai puncak alam je dah pukul 11 malam. BEST kan?


actually aku memang enjoy masa practical. tak kisah pun kena bangun pukul 4 pagi tu. small matter bagi aku. sebab bila sampai ward, i will enjoying my practical session IF AND ONLY IF theres alot of works that i need to do. macam buat injection, dressing, serve ubat, IV drip. ecg, bla.bla.bla *aku malas nak explain apa benda tu. tanya la yahoo atau google. kalau tau tu bagus lah. TAPI. aku cukup.cukup.CUKUP kurang senang kalau aku punya Clinical Instructor a.k.a CI tanya pasal penyakit patient. hallamak! ingat aku ni kamus bergerak ke? tak pun buku medical bergerak? tanya sikit.sikit aku boleh terima lagi. tapi kalau tanya mengalahkan doktor pakar tanya doc HO. tak ke rasa macam nak keluar api dari mulut. biar terbakar je patient tu. wahahaha.


ye laaaaa. aku tau. aku perlu tau semua tu. memang salah sendiri pun tak study masa balik. TAPI kan. ada ke rasa nak study kalau kau dah balik malam, pastu ingat aku rajin nak bangun pagi bukak buku? MEMANG STUDENT TAK BERDEDIKASI la aku ni. lagi.lagi ram otak aku ni lembap. kapasiti full dengan benda tak sepatutnya. dia loading sikit. malam tu bukak buku, akibat makan megi, LUPA. pastu CI bising tak ingat. hisshh. tu yang aku geram tu. kena makan kismis seguni baru ingat kot. nak pulak penyakit patient tu apakejadah panjang gila nama. haihh. susah nak ingat. macam mana la doctor kan? 


tapi. masa practical memang BEST la. lagi.lagi KALAU dapat staff ward atau area posting tu yang SUPER gempak macam staff klinik SOPD ni. haihh. entah bila la nak rasa dapat staff yang baik gilaaa layan budak.budak baru belajar cam kiteorang ni. selalunya, jarang nak jumpa staff yang baik dengan student. TAPI ada. aku tak nafikan. yang kerek pun ada. depends la kau behave macam mana kat ward tu. kalau kau pun sekati je muka kerek dengan staff. staff tu lagi seguni kerek taknak layan kau. hahh. padan la muka. tapi almostly, staff bukan tak nak layan. tapi kerja diorang sebeban tak siap, sebab tu tak sempat nak layan. kesian diorang kan. nak tolong, tapi tak reti. so, duk je lah diam.diam. pergi borak dengan patient pun bestt. tak pun masuk bilik apa-ntah dalam ward pastu belajar la apekejadah ubat.ubat dalam tu. try ingat.ingat balik function ubat tu. best kann? banyaaaaaaaak benda kena ingat. SENANG kan nak jadi nurse? SENAAAANG. -__-"




p/s; jangan kutuk nurse lepas baca post ni. kalau tak aku lempang! sebab yang kutuk tu bukan tau pun apa kerja nurse. cakap je lebih. huh! panjang pulak kali ni. hehe. 






talks END here.

No comments: