January 28, 2012

pukul 2 semalam kann

pukul 2 semalam aku tengah buat kerja la. hihi



bosan. internet lembap. facebook aku dah out. 



tinggal lah blog terkontang-kanting kat sini.



benda pelik bila aku masuk dashboard blog aku.



188 followers? eh tipu. 18 followers? apa korang nak dari aku nih? aku tak mampu bagi kesenangan dunia akhirat kat korang. bertaubatlah.



ok tak, sebenarnya. sebenarnya. nak cakap aku terharu ada orang nak follow. tu je. terima kasih tidak terhingga kerana sudi follow. sebenarnya blog ni dibuat tujuan asal bukan untuk difollow. sebab banyak carutan dan makian dan cercaan lembut yang ditonjolkan disini. MAKA, anda.anda.anda semua diharap jangan nak emosi sangat membaca blog ni. yang mencarut-carut tu memang ada kena mengena dengan yang hidup. tapi itu hanyalah KATA-KATA DARI SEORANG YANG KURANG KESABARANNYA. haa. 



ORANG TENGAH MARAH, SEMUA BENDA DIA NAK MARAH. habis semua kena tempias. korang baca dan buat-buat lupa ye. benda tak baik jangan simpan dalam hati. kang bernanah, takleh buat dressing. :P



sini takde aplikasi SUDAH BACA HARAP BALAS. cuma ada SUDAH BACA HARAP TERASA. 



hahaha. 



k. BYE!



*aku gurau je. anyway. terima kasih. :)




talks END here.

okay.okay. aku nak cerita ni

semalam aku kerja malam. kerja malam untuk 3 hari. first night okay. second night pon super okay. boleh tido dalam pantry untuk 30 minit. third night IS THE WORST DAY EVER! <--kenapa aku suka cakap macam ni? WORST DAY EVER. nanti post lagi WORST DAY EVER. nanti post lagi WORST DAY EVER. yang mana 1 paling WORST pon tak tau. okay. back to my story.

kronologinya malam tadi.

#sebelum pegi kerja kena marah dengan mak aku. sebab lambat siap. =(

#masuk kerja lambat. punch card pukul 8.59. PHEWWWW.

#staff nurse dah habis pass report kat acute cubicle. aku pon terkedek-kedek SERAH DIRI nak jaga ACUTE malam tadi.

#masuk ward muka senyonyong sedih tak terkata sebab sanggup mak aku buat aku cemtu. hantar aku g keje lambat. dalam hati dah nak buat ayat sadis tak ingat dunia.

#masa prepare ubat *still muka senyonyong tempias sedih* ubat tu cari pasal nak terpercik kat muka aku. SH*t. gua tahan leleh dah time ni. bila aku tengah sedih, semua kerja TAK JADI!

#staffnurse plak macam ada masalah keluarga nak marah-marah aku.

#pukul 2pagi++ patient baru masuk ward menderu-deru. macam siang-siang tak leh nak datang spital. malam-malam gak sakit nak datang. *ayat misi kejam*

#pukul 3 tetiba pakwe dah stop message.T_____________T *awak cakap nak teman saya.

#pukul 5.30 pagi- kena marah dengan dokte. T____T time ni aku dah terasa kaki aku tak jejak lantai. tetiba kena marah rasa nak tubik air mata. sedih la setan.

#tu je sedih aku.



bayangkan buat kerja dalam hati tengah hujan. rasa nak menangis kuat-kuat dengan dokte. lepastu boleh pulak aku terfikir nak amik morphine, nak test rasa addict patient aku yang asyik mintak ubat tahan sakit je. ish.



*lepastu aku balik rumah tido mati sampai pukul 8 malam. hahh. ambik. sekarang tak ngantuk langsung.





talks END here.

January 20, 2012

rajinnya duraney.

rajin kan aku tak tidur lagi masa ni. wah. impressive.



SAYANG AKAK SENIOR AKU! <3



ni untuk awak. awak, saya rasa awak ada something tak nak cakap kat saya. apa eh? 



aku takut nak buat rumah tepi pantai, takut rumah hanyut ke tengah laut. u get it? no? do google it.



penat weh nak habiskan diploma. BARU DIPLOMA. belum degree. belum master. semata-mata untuk sekeping sijil. haih. takpa. belajar sampai negeri china. 



aku rasa macam nak tido satu hari sebab aku kurang tidur lately ni. *padahal balik kerja dah dua hari aku  bantai tidur lepas asar.* 




apa aku merepek kat sini. oh no. ni simptom nak tidur ni. 




k bye. good night. i love you. <3



gossip: tadi aku kena marah dengan patient. sedih tau. :( takde orang nak layan aku sekarang ni. :(( semorang nak busy. :(((




talks END here.

January 19, 2012

tahniah. cik puan punya blog memang busy.

entri pertama untuk tahun 2012. TAHNIAH.TAHNIAH. nampak sangat aku ketandusan idea. eh NO. aku nak buat entri, tapi tak jadi. asyik fikir masalah je. macam-macam masalah. serabut otok. 



tahun 2011 seems to be fine. ada boyfriend. haha. ramai best friend. last year untuk study dekat puncak alam tu. sob.sob. *bunyi tak ikhlas.



aku takda mood nak update. untuk tidak ketinggalan pada post aku untuk january 2012, aku tulis jugak entri tak seberapa ni. 



oh ya. aku dapat RAMAAAAIII kawan baru masa buat preceptor ni. hehe. terima kasih sudi jadi kawan saya. sayang awak semua sebab banyak tolong ringankan kerja saya. saya ada 2 tangan dan 2 kaki sahaja. tak sempat nak buat semua kerja dalam ward tu. TERIMA KASIH AWAK SEMUA. <3




aah. baru aku teringat, aku pun tak buat entri panjang berjela untuk sesiapa yang wish birthday aku. ahaa. seems its been a long time ago huh? takde masa nak membelek internet lelama sekarang ni. 




awak. awak tu. awak yang hensem-hensem. DONT GIVE ME THAT SLOW AND SEXY SMILE. IM AFRAID THAT I MIGHT FALL INTO YOUR TRAP. ARGHHH. tension saya tgk manusia hensem kat hospital. T_______________T *nose bleed*






talks END here.