February 25, 2012

kemalasan. berganda. ganda.

masa cuti cenggini pon aku still malas nak siapkan assignment. portfolio aku tuu. aku rasa macam nak kecoh 1 dunia yang aku buat portfolio dengan clinical audit tu. kau tahu?

malas gila nak sambung. ya RABBI. mana mood aku ni. 

bf aku dah hilang. tak tau la pergi mana. ish.

tadikan. tadikan. aku buat puding roti. tapi tak jadi. sedih aku tau. resipi aku dengar kat hotfm. HAHAHA. mak aku gelak je aku cakap amik resipi kat hot fm. sebab tu tak jadi kot. 

aku sambung plak semangat aku buat kek batik. sedap tu memang sedap. tapi tak de rupa kek batik. ada rupa biskut campur milo gaul. adik aku kata kek-batik-takda-rupa aku tu rasa masin. ADA KEE? maybe terlebih butter. huihuihui. 

memang aku takda skill nak buat kek kot. sedihs gues taus. sejarah hidup aku, aku pernah buat kek orange je. tu pun dah berkurun lama. gila punya lama. resipi memang tak ingat dah. lepastu tak pernah buat kek dah. hobi aku tengok orang buat kek kat channel 703,705 astro. lapar.lapar tengok situ terus kenyang. SADIS KAN? 

takpun, tengok orang masak lamb steak with cinnamon sauce*ada ke* aku masak nasi goreng cili api. sapa berani makan memang hebat. adik aku yang 6 tahun makan sesuap terus nangis lepastu marah marah aku, cakap KAK UNI NI MASAK PEDAS SANGAT. BUDAK KECIK MANA BOLEH MAKAN PEDAS. aku pon balas. ni kak uni punya. yang anas sibuk nak makan kenapa? sibukk je. 

k lah bye. 

*aku rasa aku takda teman nak bercakap la duk rumah ni. dah jadi pendiam dah aku sejak duduk rumah. asyik aku je kena layan orang cakap. -___-'





talks END here.

February 24, 2012

tahukah anda? bahawa saya tengah sakit kepala

saya tengah sakit kepala. rasa nak hentak kepala ke dinding. kepala rasa seperti dipenyek dan ditumbuk bertubi-tubi oleh teenage mutant ninja turtles. tahukan anda? bila seseorang itu sedang sakit beliau akan merembes hormon emosi terlebih garam yang mana sangat sensitif apabila disuruh membuat kerja ketika sedang sakit?*aku tak tau apa fungsi tanda tanya dalam ayat aku*


yang penting aku tengah sakit kepala. dan terima kasih kepada ibu saya yang memahami situasi yang mana aku telah dengar deruman kereta yang barangkalinya niat untuk mengambil adikku balik mengaji. aku yang tengah sakit kepala ni memang boleh accident kalau cuba bawak kereta masa tengah sakit kepala ni. paling tidak pon akan dihon semasa sedang bawak kereta. atas sebab yang tidak diketahui oleh aku. kerana bila aku tengah mengalami peperangan neuron dalam otak, otak aku akan memproses data sekeliling dengan begitu lembap dan lambat. hanya ALlah sahaja yang tahu macam mana nak proses.


aku rasa sudah cukup sampai di sini aku merepek dan mengarut. harapnya, tiada manusia yang membaca. kalau yang membaca silalah bilang berapa perkataan sakit kepala dalam entri aku kali ini. siapa dapat bilang aku hadiahkan transfer sakit kepala kepada korang yang sanggup baca repekan aku semasa sedang sakit kepala. 


aku rasa sangat sunyi sekarang. terasa seperti mahu terbang dan pergi jauh. cepatlah. cepatlah. aku nak pergi kelantan dan bercuti ni. 


bf aku busy, maka aku perlu cari doktor yang boleh merawat kesunyian aku. ini ayat orang desperate. jangan tiru. nanti ada yang clash jika hubungan masih baru. oh. harini doktor comel cuti agaknya. aku tak nampak pulak mukanya yang kiut tu di wad tadi. sedih sungguh hati ini. semua warga comel meninggalkan aku. 


k. BYE.


*audit dan portfolio tidak berjalan seperti yang dirancang. MAKAnya aku terpaksa menangguhkan segala rancangan esok hari.*












talks END here.

February 23, 2012

i miss somebody that wasn't mine.

aku rindu kat baby ihsan! :( nak nangis rase harini tak main dengan dia. sayangnya aku kat dia. sedih la. huwaa. tolong la faham. rindu kat baby ihsan. T___T


mood aku swing rasanya. kena serang dengan PMS. macam todak lawan garuda. hurghhh.


nak menjerit tapi hati dirundung sedih. ihsan je aku boleh peluk kalau rase nak nangis. macam nak g buat anak sekarang jugak. atleast i got somebody to talk to when i am sad evento the baby will just blinking his eyes. its enough for me to hug the baby. rather than talking to people that should understand but doesnt good enough to sooth my emotions. T___T engrish my was bad. i dont care. im not going to go to TESSL sebab dia ambik student asasi tessl je. aku student diploma nursing. im not that good in engrish. im so sadz. 


SEDIHNYA HATI. tapi TAK TAU KENAPA! =( im not going to let my eyes get rain by this time. doakan aku yeah. 



k bye.



talks END here.

February 19, 2012

I AM HAVING THE HARD TIME RIGHT NOW

tajuk entri aku dah macam orang putus cinta. blugh. *rolling eyes*

aku rasa macam otak aku dah beku. tengok sampah tergolek depan mata pon aku boleh buat dunno je bila kepala otak aku tengah full dengan ayat citation dan reference yang bakal digunakan untuk clinical audit aku. sebelum ni aku adalah sangat pembersih, kata mak aku yang aku reka. okay aku tipu. tapi aku seorang yang rimas akan kekotoran. 

tapi, disebabkan oleh kepala otak aku yang full tank dengan pemikiran merentas benua untuk mencipta dan mereka ayat yang boleh menang grammy awards kelak, bilik aku dah macam tongkang pecah pon aku tak hairan. 

serabut di kepala kian bertambah apabila esok, iaitu hari isnin, bersamaan 20 februari 2012, lecturer aku dari puncak alam nak datang ke hospital demi menjengah para pemenang grammy awards-reka-ayat untuk portfolio dan audit masing-masing. aku punya audit macam salah buat je. aku macam dah tak sanggup nak patah balik. maka, aku perlu teruskan perjalanan biarpun terpijak PAKU. arghh. sakitnya nak betulkan balik audit tuu. mari menangis bersama-sama.

tadi aku berduka sedikit disebabkan kemaslahatan yang berlaku di dalam coverage area aku. *tak faham sudah* sekarang dah okay.

aku rasa, aku tak mampu nak teruskan penulisan blog sebab aku terasa masa berlalu dengan pantas seperti pembaziran air berlaku apabila bukak air deras-deras. makanya aku perlu meneruskan perjuangan membuat clinical audit aku. marilah mendoakan kejayaan aku dan rakan-rakan bersama. hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kalian yang telah mendoakan kejayaan kami. terima kasih banyaks. *betapa pluralnya terima kasih aku* 

ok. thanks. BYE. 

memuah sikit. sayang korang. <3 





talks END here.

February 13, 2012

mengarut ngarut bersama

dokte kat ward peadiatrics hemsem hemsem belaka. jom nangis sesama. pagi-pagi masuk ward terus aku cakap kat kawan aku "weyyyyyyyyyyy, hensemnya dokte kat ward ni." hahahahaha


makanya, mata aku asyik nak tengok je dokte.dokte hensem kat ward tu. nyehehe. yelah, tipu la kalau ada manusia tak suka tengok orang cantik dan hensem kan. 


aku pun harini tak banyak kerja. sebab first day kan. kerja OBSERVE je la. sampai TV kat ward tu pun aku observe. betapa bosannya aku masa first day.


EVENTHOUGH aku kerja first day, KAKI AKU TETAP LENGUH LA WOI! sepanjang duk ward aku tak duduk. kejadahnya. 6 jam aku tak duduk. TABAHNYA kaki aku. T__T selalu orang tak percaya bila aku cakap aku kerja berdiri je. student mana boleh melepak kat kerusi. :'((


harini aku tengok baby kena ambik darah. huwaaaaaaa. kesiannyaaa. aku pun macam nak nangis sekali dengan baby tu. cucuk kaki kiri tak dapat, cucuk kaki kanan pulak. kaki kanan tak dapat , tangan kanan pulak. bayangkan baby umur erm 3 bulan lebih kot. hampir ........sambil kira dokte cucuk kat dia....... 5 orang dokte cucuk kat dia sebab nak ambik darah. KESIANNYAAAAA. gua doa-doa anak gua nanti tak sakit teruk sangat. nanti kena cucuk nak ambik darah la apa lah. pergh. tak tahan tol gua tengok baby tu tadi. T___________T


ward peads kat hospital tu besar rupanya. BARU AKU TAU. muahaha. jakun tau aku masuk ward peads. lagi jakun tengok dokte hensem-kacak-bergaya. 



ok. bye. 





talks END here.

February 5, 2012

yayy. entri bulan 2 2012!

aku cakap je yay tapi aku tak happy pon. :(


1# kaki aku sakit

2# aku kena diarrhea

3# kepala aku sakit

4# dari tadi online facebook T__T bila nak siap keje camni

5# tengok balik kerja-kerja PUNYA LA BANYAK AKU TAK BUAT! *sila nangis bersama-sama

6# YAYYY! aku dah dapat voucher buku.



talks END here.