December 23, 2010

masa birthday aku semalam ada benda pelik.

benda pelik yang aku maksudkan adalah berkenaan dengan orang yang wish birthday aku no 14. yang aku tulis mamat mana entah tu. disebab kan oleh nur duraney i'shah memnag excited orang wish birthday dia, dia tak hairan pun kalau yang wish tu unknown numbers. cuma dia akan pelik kejap je,. lepas dah say thank you and its done. dia takkan tanya lebih.lebih kepada wisher*ada ka wisher? bantai ah. wisher yang unknown number tu. UNLESS semalam.
ada seorang tukang wish ni, pelik. dan ajaib. dah la unknown number. boleh pulak aku layan dia message. message aku dan encik unknown berbunyi begini.



8.06am unknown ; happy bday!   8.08am unknown but still the same no. ; happy bday! 
masa tu aku tak suspect pape lagi sebab aku tengah kerja time ni.
10.26am cik du ; eh. thanx ya! hehe. nak la hadiah. bodoh kan. mintak hadiah kat siapa tah.sebab aku mati.mati ingat dia sedara aku ke. makcik aku ke, sepupu aku. 
10.28am unknown ; hadiah? how old r u now? hadiah apa yg sesuai? aku dah start pelik. tapi aku tak buat pape sebab aku still tengah kerja.
2.45pm cik du ; i'm 19 la by today. aiyoh dengan harapan dia bagitau siapa dia.
11.04pm unknown ; hadiah apa? lembab gila balas msg. malam2 baru reply. time ni baru aku gila pelik. sebab dia still msg dengan aku.
11.15pm cik du; adiah ape? bwk g shopping la. hehe. okay. aku dah malu.
11.46pm unknown ; wow.. kat mana nk shopping? lepas msg ni aku terus call dia. guna no celcom. sebab unknown pakai no celcom.



aku call. then aku dengar suara. ehh. lelaki keee? i was. DAMN! sedara lelaki aku interested nak wish birthday aku? errr.errr. aku tanya la. ermm. ni siapa eh? kenal saya ke? then, dia keep asking me where am i studying, dah sem berapa. so on, so forth. and aku keep on tanya siapa nama, mana kenal saya, mana dapat no.. but still dia potong cakap aku. tanya pasal aku study mana. semua.semua. cisss. aku mula la nak angin. dah la tak kenal. buat gear ramah tamah pulak. membazir kredit aku woi. ntah.ntah kau ni laki orang ke. tak memasal je aku jadi orang ke tiga. last.last dia cakap nama dia din. AND! what the heckkk. gila bodoh ramai nak mampos dalam malaysia ni orang nama din. and hell, my own father pun orang ada call him din also. bodoh kan?



lepastu aku keeeep asking him, din mana. pastu dia pulak cakap. awak tak kenal ke? din. aku pun teka la kawan-kawan aku yang nama seakan-akan din belakangnya. semua salah. bongok betul. lepastu aku dah fedup. dia cakap, tak payah tau la din mana. MANA BOLEH ! dah la tau BOTH of my numbers. kawan2 perempuan aku kat sini pon tak semua tau dua.dua no aku. macam mana la mamat ni ada no aku. dah la tu siap tuduh aku bagi no kat orang senang.senang kat facebook. ISH ! MENIPU sungguh. aku ni kan kerek. muka tak lawa. tak comel. mana ada orang mintak no kat fb. 



sah la penipu. aku dah fedup. aku cakap. K lah. esok kerja. nak tido. bye. terus letak. padahal mamat tu tengah cakap apa ntah. aku malas nak layan. suara dia macam laki orang. err. takut la aku.



5minit lepastu. unknown hantar msg. nak tau mana saya dapat no awak? and aku pun reply.MESTILAH and unknown jawab ada dlm hp yg sy beli ni. owner lama ada buat reminder for ur bday. and aku reply balik. dengan tanda tanya yang gedabak gila atas kepala. ye je. erm.okay.okay. tp kenapa nak wish bday sy? kn xknal. xtkut ke. kot sy ni indon ke. dia reply; takut apa? bukan awk kenal sy pun. apa salah wish, at least buat someone happy on her bday. at last aku mengalah sebab aku dah mengantuk.oh. okay no offense. sy gurau je pasal shopping tadi.thx 4 da wish anyway. the rest is history. 

 PELIK AKU BERTAMBAH.TAMBAH BILA TADI, unknown hantar msg awk pernah ke econsave alam jaya tak? kalau ada masa sila la dtg kedai ice blend sy. ajakkwn2 skali tau. kalau nk cup free for ur bday, bgtau awal2 bila nk dtg, sy belanja. :) 



GILA bodoh birthday aku kali ni. pelik nak mampos. stranger mana entah. lepastu boleh pulak cakap dia ada kedai kat sini. tiba.tiba beli handphone jadah apa. MUSTAHIL GILA orang kedai tu LUPA nak reset semua data dalam phone tu. ada kemungkinan ke orang jual handset tu LUPA nak buat master reset ke, mester format kat handset tu. bapak pelik. dah la unknown stay dekat gila kat kolej aku. padahal sumpah aku tak kenal. 



serius. cerita ni pelik tapi semua betul. aku tak tipu. nak tengok msg pun ada lagi dalam phone aku. ishh. pelik gila. tapi aku tak teruja pun nak kenal stranger ni. sebab aku rasa macam mamat pelik ni KENAL aku. tapi dia saja buat.buat TAK KENAL. bodoh kan? 



**btw. aku save nama dia kat phone aku Pakcik Mana Tah, haha. padan muka. suara tak macho. macam abang.chad michael murray so, serves you right. dapat title pakcik. kuakuakua.





talks END here.

December 22, 2010

harini memang aku nak tulis panjang.panjang.

21 aribulan disember adalah birthday aku. which is semalam. semalam aku dah puas bergayut.gayut telefon dengan lesbo.lesbo aku. pakwe.pakwe aku tak boleh harap sebab penat aku tunggu diorang wish, berapa kerat je yang wish. actually 2 orang lelaki je yang wish birthday aku semalam. aku hanya call orang yang wish aku. *ehem ada jugak yang tak wish tapi aku call sebab taknak membazir duit hotlink yang dah bagi free call* ;p


nak bagitau, aku tunggu seorang budak wish birthday, sampai harini tak message aku apape. i keep thinking that he is busying with his study and justt slightly forgot about my birthday yesterday. guy is always like that. i DO hate them. I DO ! sebab masa raya korban. *just remebered, he keep asking me when is my birthday. and i thought he wanna wish me. but hmm. bodoh betul! "tengok ah, nanti kau msg aku, aku taknak layan." pura-pura merajuk. eeuwwww. 


A BIG HUG AND KISSESS TO ALL OF YOU yang wish birthday kat phone. jap aku list !

1. seha-bbst
2. syikin-uitm
3. arif
4. izan
5. dee-uitm
6. nik-bbst
7. ayen-bbst
8. mas-bbst
9. halimah-bbst
10. haslina-uitm
11. awatip-uitm
12. nurul-uitm
13. nina-uitm
14. mamat mana tah. story kat bawah.
15. syazana-bbst
16. diela-bbst
17. nisa-uitm
18. fafa-bbst
19. zul-uitm
20. ejah-adik sendiri
21. nurul-sepupu sendiri
22. shirot-bbst
23. anis suraya-bbst. *kawan lama wooo
24. akasyah. belated wishes. damn YOU brother.

hahh. ni aku check with my both number. celcom and maxis. ni campur.campur. the rest, semua wish kat facebook. kedekut taik idung masin. nak bagi kredit sikit pun kedekut. ciss. aku kalau ada no korang dalam phone mesti aku wish pakai phone tau. theehee. *lepas ni semua birthday kena wish pakai msg, sebab cakap macam ni.


DAN AKU TAK BOLEH KEDEKUT MACAM DIORANG NI !




   aku saje menggedik buat screen capture.


    sebab aku memang suka orang wish birthday aku


whatever la orang nak kata apa. ni blog aku. 


 suka hati aku la nak post apa.
jangan nak sibuk kat blog orang.




even aku tau mark zuckenberg yang buat reminder pasal birthday orang kat FB.
bukan diorang themselves yang truly ingat birthday aku.


tak boleh nak choosy sangat. orang dah wish pun besar rahmat.


sebab tak semua orang suka wish birthday orang lain.


 ni calon.calon yang wish birthday in advance. 


eheehee. aku dapat hadiah birthday dari roomate aku. hahaha. sayang kat dia. awatif. hugss and kissess to YOU ! XOXO !  *hadiah tu tak leh tunjuk. nanti orang curik.

aku nak buat ayat artis.

THANKS TO ALL OF YOU YANG WISH BIRTHDAY I SEMALAM ! 
that was totally the other duraney that fucked up her mind to write that kind of statement.








talks END here.

December 16, 2010

perempuan lelaki. i talk as random.

somehow, aku pernah tanya sorang member lelaki. kenapa perempuan curang? kawan aku tu cakap memang fitrah. ehwahh.ehwahh. tanya member perempuan pulak, dia kata apa aku tak ingat. tapi aku rasa, bab curang mencurang ni memang dah biasa dalam couple. tapi kalau dalam marriage, i don't think so. its depends on your attitude. 


*baru ingat nak letak image. loading lama sangat. at last ada words je. hahaha.


dalam real life aku. i've met with both situations. yang mana ada lelaki yang curang pergi kahwin lain kat siam lepastu bagi nafkah kat bini dia rm5-rm10 (i can't remember the rm) but that was just BODOH GILA punya jantan. i've also met family yang wife pulak contact dengan lelaki lain. her husband just like COULDN'T BE BOTHERED anymore with her wife's punya perangai. husband dia aku rasa dah baik gila. aku tak faham kenapa wife dia ni taknak jaga husband yang baik cenggini. 


dalam couple pulak, aku lagi banyak jumpa perempuan yang pasang ramai. lelaki pun tak kurang gak. tapi, i got a lot of female friends. sebab tu aku tak tau kegiatan lelaki sana. hahaha. kawan perempuan aku ni, ada yang dah ada steady boyfriend but somehow still nak message dengan lelaki lain. message biasa.biasa tak pe lah. TAPI ni message melayan. message yang boleh buat orang jatuh hati. aihh.aihh. tak tau la perempuan zaman sekarang. 


lelaki pulak, typical situation lelaki yang dianggap playboyA ni, diorang tak sedar yang diorang bermain dengan naga. macam, message perempuan ramai.ramai. padahal takde steady girlfriend pun. so, diorang ni berkawan. bagi aku golongan macam ni akan ended diorang punya relation cakap, kita kawan je. padahal yang perempuan tu dah perasan lebih.lebih dah. aihh.aihh. apa la perempuan ni. buat malu aku je. ego korang gie mane tah. heshh.


actually, life situation macam ni depends on your strength of your bonding towards your pasangan. senang cerita jodoh la. kalau takde jodoh nak buat macam mana. but AT LEAST. you have to try. aku doakan aku selamat menempuhi alam perkahwinan nanti. HAHAHA. this can't be serious. i am not getting married yet until i got a car for my self. or a house. hahaha. tapi kalau jodoh, allah cakap aku kahwin esok, ESOKla aku kahwin. *euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww. 




theres a lot of  w there. -.-'



aku tak tau kenapa aku suka justify bagi center.
and aku pun suka preview sebelum post.





talks END here.

December 14, 2010

entri ni memang berjalan sepanjang-panjang aku buka pakcik google dan encik youtube

john lennon kata "time you enjoy wasting was not wasted !" sumpah betul kot.

i think i'm in love with sami yusof's songs. his song is really really touche' ! :')

some of his songs 'healing' is the best i guess. the song says that a smile can change a life. isn't that AMAAAAZING!


part of healing by sami yusof.

قلب بين يدي قلب 
Kalbon bayna yaday kalb
A heart in (other) heart's hand
May it'd be better translated as soul, but they chose Kalp/heart because feelings in heart


بيد الله كل قلب
Bi Yadi Allah-i kol-lo kalb
(Allah is pronounced as ellahi)
Allah own all hearts


عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
Aynon tar3a 3ayna, wa ayno Allah-i tar'a
An eye is nursing another, and Allah (God) is nursing


كلمة طيبة صدقةKalimaton tayibaton sadaka
A good/ king word is an alms (sadaka)


تبسمك لأخيك صدقه
Tabassomoka li akheeka sadaka
*Smiling to your brother is an alms (sadaka)


كل معروف صدقة
Kollo ma3rofin sadaka
All good is alms (sadaka)


اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
**Allahomma ishfi shifa2an la yo3'adiro saqama
O God, heal a full healing that doen't leave any sickness

* According to Hadith (Prophet saying) "تبسمك في وجه أخيك صدقة"
** This pray (dua) is used to heal someone including yourself

To be honest all the Arabic parts are generated from Prophet Mohammad sayings (Hadith)
__________________
ساظل فوق الصخر.. تحت الصخر صامد <--yang ni aku rasa ayat translator ni sendiri.
I will remain over the rocks... under the ruins Resisting

ضاقت، فلمـّا استحكمت حلقاتها.. فرجت، وكنت أظنها لا تفرج...
Last edited by Oriee; 10-29-2010 at 02:58 PM..


yang atas ni memang aku copy paste je. laptop aku mana ada format arab anyway. credit to oriee si tukang translate. :))

his songs brings a lot of meaning. aku rasa sami yusoff lagi patut famous dari maher zain. tapi rezeki allah yang bagi. anyone boleh famous anyway. tunggu masa je la si sami yusof ni nak famous.





talks END here.

December 13, 2010

aku masih seorang perempuan. even aku tak ayu langsung.



jangan bagi aku nampak sign 






nanti yang berdekatan dengan aku mesti zzzzzzzz. lagi.lagi orang lelaki. damnit! i just LOVEEE to shop. till my money GONE. sale.sale.SALE!!


semalam aku pergi jalan.jalan. aku beli bag. nak cakap handbag macam tak. tapi beg lah. mata aku cakap cantik. pusing 1 mid tak jumpa yang berkenan dihati melainkan beg tuu. ZARA. first impression aku kat beg tu "perghh. lawa gila. nak beli.nak beli.* aku jalan.jalan pergi kedai lain dulu. masuk carlo rino. uishh. beg kat ZARA tu lebih kurang la macam kat carlo rino tu. tapi aku tak minat sangat CR. sebab macam perempuan sangat. lagipun aku bukan ada sugar daddy nak belikan bag CR yang ala.ala ZARA yang aku admit bag CR tu lagi lawa pada bag ZARA sebab harga bag CR tu 5kaligandashit mahal dari bag ZARA tu.(cuba baca ayat aku senafas) ;p


soooo, kalau nak bag CR tu aku rasa, aku perlukan seorang sugar daddy yang damn kaya boleh bagi cash. tak pakai kredit card. tak pun pakai debit card. hahaha. demand sungguh. yelaa. siapa yang nak sugar daddy kaya hutang. baik pakai debit. baru kaya betul.



aku sebelum ni pergi SOGO kl. ada 1 beg ni, aku lupa pulak brand apa. beg tu warna purple. DAMN GORGEOUS punya bag. gilababi aku suka kat bag tu. cantik.style.besar. ish. serba serbi laaa. slack mahal jee. damnit. mak aku taknak beli kat aku beg tu. aihh. sedih gila kecewa aku balik rumah. nak harap poket sendiri masa tu memang tak laaah. sebab masa tu aku baru abihkan duit aku kat sunway pyramid. beli baju raya. masa tu raya puasa. memang lah sale. tapi sekarang ni YEAR END SALE. lagi hebat gempak gila SALE dia. urghh. menyampah betul kalau aku berjalan tapi takde duit. shit man. 


*excited aku google cari gambar bag aku beli semalam. tapi tak jumpa. tsk.tsk. at last capture sendiri. 0_o





sekarang boleh cakap aku GILA shopping. 




tag je aku amek gambar. bag malas nak capture. theehee. 
*cantik kan tag dia. entah apa kaitan tah.



**tunggu aku beli baju dgn seluar marks and spencer pulak lepas ni. muahaha.




talks END here.

kena marah mesti tunduk muka.

siapa yang tak tunduk muka masa kena marah mesti dan CONFIRM kena cop kurang ajar. test lah. hari.hari aku pergi praktikal kena marah. masa kena marah memang sumpah sedih gila. rasa nak lari balik rumah. quit nursing. quit belajar. lepas tu rasa macam bodoh gila. sebab soalan simple pun tak boleh jawab. gila bodoh betul. macam tak belajar. tulah kesan tidur dalam kelas. pergi praktikal nanti dapat habuan.


aku ni dah la jenis terima je kalau kena marah. diam je. tunduk je muka. nanti lepas tu mula nak nangis. cengeng betul. haha. lagi.lagi kena tengking. perghh. lagi rasa nak keluar je air mata. sedih gila. rasa terhina kalau kena tengking. tak tau la kalau tu anggapan aku sorang. kawan.kawan aku yang lain macam rilek je kalau kena marah. lepastu salah jawab soalan rilek je. aku pulak lain. kalau tak leh jawab soalan lecturer rasa bodoh gila. macam tak belajar. ishh. padahal belajar. tapi tak ingat.


lagi satu, masa praktikal yang bestnya kalau tak pernah buat sesuatu procedure. time tu menggelabah gila buka notes. tak boleh belah. hahaha. mesti aku gelak masa baca notes tu. heyy. ingat aku boleh ingat semua step ke? haihh. kalau pesakit tengok mesti tak yakin kitaorang buat procedure kat dia. thehehe. kelakar doe. tengok kami.kami yang student ni menggelabah buka buku masa nak buat kerja. tak pun minta staffnurse tengokkan. tapi still takut gak. sebab tak reti buat. pastu nak buat. sebab terpaksa buat. untuk kejar cross. siapa tak faham ni meh jumpa aku. nanti aku terang detail. sebab aku rasa google pun takde bagitau kot pasal buku cross. *gaya cakap macam ada orang baca. -.-"


penat la harini. serius. dari 7 pagi aku buat kerja non-stop. pukul 12 tengah hari baru sedar yang tak rehat lagi. damn it. time genting macam tu lah kena marah pulak. hilang selera makan aku. ada pulak staffnurse panggil buat dressing. lepas tu patient bawak sekampung pulak datang melawat. ish. rimas betul. aku tau la kau tu femes kat kampung. aku tak kisah kalau nak datang. masalahnya datang melawat, lepastu sibukkk sangat nak tengok apa aku buat kat adik beradik dia. ehhh. geram betul. kau duk je lah diam.diam. tak payah nak sibuk. biar je aku buat kerja. haihh. tulah. deal dengan manusia ni memang kena banyak sabar.





talks END here.

December 11, 2010

bapak kuang hajar kalau perli orang baru belajar kereta.

i am not flirting. i am not flirting. I AM NOT FLIRTING. damn it. oh mann. dah nak masuk 20. how could the time is running that fast since i didn't realise that my "number" of age is increasing. borak dengan seorang member lama made me realize that dah erm 3 years back never met her. eh wait. since form 3 kot. berapa eh? 4 years lah. heyy. tu pun lembap. since a friend of mine keep asking that i didn't have a boyfriend yet. sebab dah nak masuk 20 kena ada boyF ke?



i can live WITHOUT him. i can stand on my own. lainlah kalau aku dah kahwin. tu lain cerita la.



aku tak flirt. tak. tak. kawan. oke. kawan. aku tak menggedik pun. tak. serius. aku benci budak gedik. but somehow, kawan2 aku ada je yang gedik. ha.ha.ha. aku kawan je dengan semua orang. kawan je. no heart feelings no hurt feelings. aku tak usik dyorang pun. tak salah. semua kawan aku cakap tak salah. i really hope that they didn't read this. once dah kawan. aku betul-betul kawan. i get to know their attitude. what they like and what they don't. semua kawan aku treat sama rata. as if ada yang terkecik hati dengan aku mesti aku dapat detect dulu. aku bukan psikik. tapi betul. kalau aku ada salah cakap ke apa mesti aku dapat detect yang kawan aku terasa dengan aku.



TAPI aku memang tak boleh IN langsung dengan budakoversensitive. sebab aku ni memang outspoken. siapa yang pernah kawan dengan aku mesti tahu how outspoken am i. but still i have my own thought towards people and their life. how they get over their problems with smiling face or they get over it by punching at the tree.



i really love to get to know people. i think its a part of my life by knowing with different people. its interesting. i learn from all these kind of different people.







talks END here.

mengantuk. mari kita zzzzz

even sekarang dah pukul 1.34AM. aku still nak tulis blog. ngantuk dah ni. nak cakap aku happy! just that. lega result dah dapat. boleh senyum. senyum. :)) eh, oke lah. tu je. bye!

*senyum tak bermakna DEAN LIST! izan! kau jangan tanya aku dapat dean list ke tak! aku cepuk kau nanti!


birthday aku nak ni boleh? boleh la. boleh la. ;)
siapa bagi aku ni aku sayang dia sampai mati. betulll! 


TAK PUN


a card. that's enough i guess ! thehehe. sebab aku tak pernah dapat card yang ada tulis HAPPY BIRTHDAY! sebab birthday aku bulan 12. and aku pun tak pernah kawan2 wish depan2 aku. kalau kena prank pun sedap gak. wahahaha. berangan kau. but at least i got the experience kena prank. 
ohh. how pathetic i am. -_-' orang tak nak kena prank, tapi aku nak. pelik kan? 


nak aku sayang lagi boleh la bagi ni



theheehee. serius aku sayang siapa yang bagi aku present masa birthday aku. hahaha. :P






talks END here.

December 7, 2010

camparison are easily done

when you had a taste of perfection like an apple hanging on a tree you picked the ripest one and still got the seed. -thinking of you, katy perry.

aku nak tunjuk ni je. nak buat kenangan baru dan lama. muehehe.



NEW !



sekarang ! buruk kan? tapi aku suka layouts dia. biru.biru. BIRU!
nampak besar.besar belakaaaa. ikan ternakkan pun jadi besar! 




OLD


cantikkan? tapi bila bubuh older post jadi buruk semacam. so, aku tukar baru. 
banyakkan tab atas tu? hobi aku memang buka baru tab (open new tab)  kawan aku ada pesan google chrome senang kena hack. tapi aku tak peduli. chrome nampak cantik. ehh, ada harun yahya lah sial kat tab aku ! ;p mcAfee tu menyemak lah. 













talks END here.

oh. biru.biru pulak kali ni.

actually, aku tak suka biru. aku suka PINK. yeah. what the heck. aku suka pink. seems like warna biru lebih suits dalam theme ni. so, i chose blue. jyeah. new look. new look. rasa macam tak cantik. tapi malas nak tukar balik. let it be. lama.lama oke lah tu. *ayat pemalas* yang lama tu macam simple sangat. lagi satu kan yang aku perasan. new look ni nampak besar. besar dan menakutkan untuk dibaca. hahaha. betul. nak compare dangan previous punya yang ni besar. haha. biar puas mata aku baca. tunggu rajin nanti aku kecikkan balik.


bye!

*gila tak gila aku harini, aku baca blog sorang budak ni dari post 2010 sampai post 2008. stalker terhebat. AND. facebook is getting BOREEEDD! bye! again. nak pergi pee.






talks END here.

it was soooo cheesy kalau kau minta apa2 makanan and makanan turun dari langit.

cheesy kan? lame too. after watching cloudy with a chance of meatballs. there were food everywhere. since that i am soo hungry by now. i wish that story will become true. ha,ha,ha,ha, lamest things i've ever said. but! the story has its own pesanan. somehow, i get touched. a father that never appreciated his son and at last with a help from jadah-apa si flint tu invented yang boleh cakap isi hati orang tu tells what ACTUALLY his father's feels towards flint. ohhohh. i am sooo overboard by now. i  wish that my father can said that he loves me. and i have make him proud bla.bla.bla. eventhough aku tak pernah invented something like what the flint do. but i have give my best perkhidmatan towards my patient when i am doing my practical. okeeee. thats enough. 



harini cuti. semalam was sooo horible ever during my practical sessions. i was sooo exhausted. duduk dalam ward. seems like ada perasaan nak bawak buku tebal yang aku belajar tu ke hospital untuk menjadi student yang terrer dan disegani. hahahaa. what the heck am i talking here. duhh. but, seriously, aku lupa procedure bla.bla.bla dalam ward. urghh.urghh. what a disaster. simple things also i don't know. then, what is practical for? aku bersyukur gila hari ni cuti. and yeah. awal muharram. baguss. aku tak baca pun doa awal tahun. apa punya teruk aku ni. 



duduk ward you need to think fast. yeah fast. as if ada patient cakap "adik.adik. kenapa air ni tak jalan?" that air refers tu iv drip. and dengan beraninya kau kena buat la apa2 yangg kau belajar sampai drip tu jalan. do you think to make that drip berjalan is sooo easy like eating the cheesy wedges at the KFC? i answered it as NO. try la. kalau ada blood clot kat drip tu kau kena musnahkan blood clot tu tanpa menyakitkan patient. wahaha. sounds scary huh? no, kau kenalah buat your own intervention. macam pulas.pulas wayar drip tu kee, tukar tubing baru ke, inject la heparin sikit ke. macam tu je. hehe. i am just loove to tell you over acting story kan? jadi la nurse. then we can talk together. hahaha. 




**lapar la. i wish ada quarter pounder yang turun from sky. -_-'









talks END here.

December 5, 2010

i am soooo in love with HTC HD7!

anyone yang ada banyak sangat duit! can you buy for me HTC HD7! i really.really.really like that phone. manyak cantek maaaa. dah lama aku usha that phone. duit membataskan impian. nanti kalau aku beli mesti bapa aku dah taknak bagi duit kat aku lepas ni. tunggu keje laaa. aku pkai HTC HD7 or ada phone yang lagi cantek pada tu. aku minat samsung corby. but kat tempat aku dah ada orang yang pakai. waallaaaa. terus tak de mood nak pakai. HTC aku tak penah jumpa lagi orang pakai buat setakat. tapikan.tapikan. handset tu cantik! canggih gila. pkai system windows. aduhh.aduhh. risau aku handset canggih sangat ni. nanti rosak, pergh.pergh. berasap gak nak betulkan. aku memang tak minat sangat iphone. tak tau kenapa. maybe sebab banyak yang fake kot. lepastu dia susah. phone ni still boleh bluetooth. apa.apa pon aku memang tak minat iphone. sebab aku rasa ramai yang pakai.  


besar gila kan screen dia! cantik lah sial handphone ni. 
dah la HD pulak tuuu! i really adore this one! even iphone 4 kalah dengan ni. 
theeheehee. ;p



seems like, i really looooove to read blog. idk since when BUT i can sit and read blog for HOURS! blog is SOOO much more interesting than facebook. tapi kena pandai cari la. blog yang famous.famous mesti best gila nak baca. aku ni silent reader. ada certain blog je aku follow. tapi ada gak yang aku bookmark je. tak tau la kenapa. hahaha. tapi, bila aku baca, aku tak comment pun. aku penah baca blog budak ni, dari latest post sampai first post die. aku taktau la. seronok gila baca dia merepek. errr.errr. it sounds like i'm a stalker pulak. hahaha. whateverr. aku pun tak pernah tulis apa.apa kat chatbox dyorg. 



aku ada baca 1 blog ni, dia ada cakap, ciri.ciri blogger yang bagus adalah silent reader. ehh. entah. macam mana tah dia cakap. sometimes. i said it sometimes ada yang meninggalkan jejak kat shoutbox tu BUKAN baca pun. nak attract orang pegi blog dia je. aku rasa, orang yang cakap *sila lah ke blog saya* *ada entry baru* atau yang paling aku menyampah *follow my blog* duhh. menyampah. bila dia cakap follow my blog. jangan. JANGAN harap lah aku nak g usha blog dia. memang aku tak femes pun. AT LEAST! bila aku pegi baca blog dia, secara tak sengaja aku dah meningkatkan dia punya stat. kan3? 



aku tengok. famous blogger ni, selalunya, diorang punya blog TAKDE lagu pun. TAK ADA. oke. aku rasa annoying gila blog yang ada lagu. AKU RASA laa. sebab aku dari zaman myspace dulu pun tak letak lagu kat myspace aku. bila keluar je lagu, automatik jari aku tekan *FN*MUTE*. haha. padan muka! lepastu, famous blogger plak, selalu dyorang punya blog simple je. background simple. bila bukak je blog terus keluar. TAKDE lah loading LAMAAAA GILAAAA. 



aku stress betul kalau bukak blog yang POYO ni. blog yanng POYO yang aku maksudkan ialah, bila dyorang tulis, gaya macam RAMAAAAI je yang bace. lainlah yang aku tengok follower dah berapa ribu tuu. follower banyak.banyak apa adaaa. aku takde follower pon takdehal lahh. lepastu buat blog ada bunga.bunga la. ada pop up sana sini. grrr.grrrr. yang tak menahan takut ada yang curik hasil dyorang pegi off right click. pffft. fed up aku nak tengok blog mereka.mereka ni. tapi yela. uuntuk keselamatan sejagat. tapi kalau nak curik tu boleh je kann? kalau buat screen capture ke. still boleh curik gamba2. kau. pastu g buat jampi kat tok bomoh. yelaa. lawa sangat. kui3. pasu kena histeria. apa aku boleh cakap. serves YOU right. 



ehh. banyak pulak aku mengutuk kat sini. ni baca blog obefiend punya pasal lah ni. dah jadi hati kering kutuk blog orang. BUT. aku rasa semua tu hak masing2. as for me, simple je. aku tak heran tak de follower pon. even aku buat blog dari 2009 lagi. semua yang ada dalam ni satisfaction sendiri jee. ada hati nak bace. bace la. kalau tak cepat.cepat tekan *ALT*F4* senang. mudah kan? haaa. 



ok. bye.




talks END here.

December 4, 2010

baru aku perasan aku banyak mencarut dalam blog sendiri. ^^

aku belek.belek post lama.lama. tetiba baru perasan. hahahaha. takpelah. yang baca macam lah kenal aku. maaf lah. hehe. darah muda. aku akan cuba kurangkan carutan. mesti yang lelaki kalau ADA yang baca cakap "apala perempuan zaman sekarang, mencarut macam common je. nanti dah dapat anak macam mana laaa." 
aku mengaku. aku perempuan. hehe.


kepada para pengoment di blog. terima kasih kerana mengoment. saya amat menghargainya. tapi kena tau sikit lah. aku tak reply kat situ. sebab tak nak comment tu bertambah sebab comment aku semak kat situ. kalau nak tau kena la tanya kat SINI ! kau taip je soalan apa. confirm aku jawab. pastu jangan lupa pulak tengok apa aku jawab. hehee. jangan tanya benda merepek. nanti aku buang je soalan kau tu. tapi so far, kat formspring memang takde lagi anonymous tanya soalan lucah. 


aku fed up betul dengan facebook sekarang ni. dah ramai eh yang dah deactive facebook. baguslah. tak yah dah bagi bom kat palestin. sebab zuckenberg tu dapat duit kalau kau log in. aku tau, tapi aku still ada facebook. bodo kan? ishhh.


harini last day bangun pagi. hooyeah. percayalah. hari.hari aku bangun pukul 5.30 pagi. pastu tido kejap, pastu pukul 5.50 bangun balik. tutup alarm. amik towel, pergi mandi. theeheehee. semua sebab kerja pagi. van tunggu pukul 6.30 pagi. masuk kerja pukul 8. puncak alam-hospital ampang dalam 1.5 jam. dalam van tido. dengar cam best kan. kalau kerja shift pagi lagi best. kau naik bas, pastu bas tunggu pukul 5pagi. so, kalau rasa kau tu mandi lembap, nak makeup seinci.*aku tak makeup ye. maaf. mmg outdated* bangun lah pukul 4 pagi. macam aku ni, kalau shift pagi bangun pkul 4.30. lambat sikit. sebab TAK makeup. hehe. kalau shift petang pulak bas tunggu pukul 12.30 tgh hari. so, kau siap la dalam pkul 11 camtu. tapi balik malam. pkul 9. penat la jugak. sampai puncak alam je dah pukul 11 malam. BEST kan?


actually aku memang enjoy masa practical. tak kisah pun kena bangun pukul 4 pagi tu. small matter bagi aku. sebab bila sampai ward, i will enjoying my practical session IF AND ONLY IF theres alot of works that i need to do. macam buat injection, dressing, serve ubat, IV drip. ecg, bla.bla.bla *aku malas nak explain apa benda tu. tanya la yahoo atau google. kalau tau tu bagus lah. TAPI. aku cukup.cukup.CUKUP kurang senang kalau aku punya Clinical Instructor a.k.a CI tanya pasal penyakit patient. hallamak! ingat aku ni kamus bergerak ke? tak pun buku medical bergerak? tanya sikit.sikit aku boleh terima lagi. tapi kalau tanya mengalahkan doktor pakar tanya doc HO. tak ke rasa macam nak keluar api dari mulut. biar terbakar je patient tu. wahahaha.


ye laaaaa. aku tau. aku perlu tau semua tu. memang salah sendiri pun tak study masa balik. TAPI kan. ada ke rasa nak study kalau kau dah balik malam, pastu ingat aku rajin nak bangun pagi bukak buku? MEMANG STUDENT TAK BERDEDIKASI la aku ni. lagi.lagi ram otak aku ni lembap. kapasiti full dengan benda tak sepatutnya. dia loading sikit. malam tu bukak buku, akibat makan megi, LUPA. pastu CI bising tak ingat. hisshh. tu yang aku geram tu. kena makan kismis seguni baru ingat kot. nak pulak penyakit patient tu apakejadah panjang gila nama. haihh. susah nak ingat. macam mana la doctor kan? 


tapi. masa practical memang BEST la. lagi.lagi KALAU dapat staff ward atau area posting tu yang SUPER gempak macam staff klinik SOPD ni. haihh. entah bila la nak rasa dapat staff yang baik gilaaa layan budak.budak baru belajar cam kiteorang ni. selalunya, jarang nak jumpa staff yang baik dengan student. TAPI ada. aku tak nafikan. yang kerek pun ada. depends la kau behave macam mana kat ward tu. kalau kau pun sekati je muka kerek dengan staff. staff tu lagi seguni kerek taknak layan kau. hahh. padan la muka. tapi almostly, staff bukan tak nak layan. tapi kerja diorang sebeban tak siap, sebab tu tak sempat nak layan. kesian diorang kan. nak tolong, tapi tak reti. so, duk je lah diam.diam. pergi borak dengan patient pun bestt. tak pun masuk bilik apa-ntah dalam ward pastu belajar la apekejadah ubat.ubat dalam tu. try ingat.ingat balik function ubat tu. best kann? banyaaaaaaaak benda kena ingat. SENANG kan nak jadi nurse? SENAAAANG. -__-"




p/s; jangan kutuk nurse lepas baca post ni. kalau tak aku lempang! sebab yang kutuk tu bukan tau pun apa kerja nurse. cakap je lebih. huh! panjang pulak kali ni. hehe. 






talks END here.

December 2, 2010

berdosa tak aku kawan dengan lelaki?

result aku 10 haribulan disember 2010. mangai. cuak. mungkin sebab tu aku demam. mungkin. atau kebarangkalian yang tepat adalah kerana aircond di kawasan klinik surgical orthopedics hospital ampang yang terlampau menderu.deru sehingga beberapa staff dan student seperti aku menggeletuk gigi akibat terlampau sejuk. dan mengejutkan lagi, ada beberapa bilangan staff yang mendapat MC akibat suhu badan yang melebihi paras normal. 


its been 2 weeks aku posting kat situ. seperti post sebelum nih. all the staffs were sooooo nice and sporting. BUT except the sisters. not the matron. cehh. menyampah. asal student jeee, ade je yang nak report. duhh. kat sini aku just nak cakap yang I WAS CAUGHT IN ACTION! cam sial! my brain terus shut down lepas kena tangkap. cissss. hampagas.


macam.macam benda aku tengok masa posting klinik. macam.macam perangai. tapi kan. lelaki lagi tak tahan sakit dari perempuan. betul. masa aku tengok orang lelaki, especially yang muda.muda. masa kena dressing. ada yang jerit lah. nangis pun adaaaa. jangan terkejut. tapi lelaki ni memang lah. diorang sebenarnya manja aku rasa. yela. look tough from the outside but dalam hati ada taman bunga. admit it. masa duk ward pun sama. orang laki ni, kalau jerit, fuhh.fuhh. boleh terbang sabar aku. suara dyorang dah la besar. bila jerit jadi bingit. rasa nak penampo je. 


masa posting. i learn something which is, first impression is really important. cuba bayangkan, bila ada nurse duduk kat kaunter pendaftaran buat muka tenuk. mesti semua patient mengutuk.ngutuk. reality hurts, truth bites. even actually, orang tu tak tau pun sebenarnya nurse tu ada problem. but still kalau ada feedback, mesti dan MESTI ada yang komplen nurse tak mesra pelanggan. padahal, haritu je kebetulan nurse tu mood tak elok. sebelum ni okayy je. so,, nurses atau anybody yang duduk dekat kaunter. tak kira la mana2 kaunter pun, kena lah senyum even kau baru dengar berita yang kereta kau kena langgar dengan lembu ganas. 




ngantuk. BYE!





talks END here.