February 24, 2012

tahukah anda? bahawa saya tengah sakit kepala

saya tengah sakit kepala. rasa nak hentak kepala ke dinding. kepala rasa seperti dipenyek dan ditumbuk bertubi-tubi oleh teenage mutant ninja turtles. tahukan anda? bila seseorang itu sedang sakit beliau akan merembes hormon emosi terlebih garam yang mana sangat sensitif apabila disuruh membuat kerja ketika sedang sakit?*aku tak tau apa fungsi tanda tanya dalam ayat aku*


yang penting aku tengah sakit kepala. dan terima kasih kepada ibu saya yang memahami situasi yang mana aku telah dengar deruman kereta yang barangkalinya niat untuk mengambil adikku balik mengaji. aku yang tengah sakit kepala ni memang boleh accident kalau cuba bawak kereta masa tengah sakit kepala ni. paling tidak pon akan dihon semasa sedang bawak kereta. atas sebab yang tidak diketahui oleh aku. kerana bila aku tengah mengalami peperangan neuron dalam otak, otak aku akan memproses data sekeliling dengan begitu lembap dan lambat. hanya ALlah sahaja yang tahu macam mana nak proses.


aku rasa sudah cukup sampai di sini aku merepek dan mengarut. harapnya, tiada manusia yang membaca. kalau yang membaca silalah bilang berapa perkataan sakit kepala dalam entri aku kali ini. siapa dapat bilang aku hadiahkan transfer sakit kepala kepada korang yang sanggup baca repekan aku semasa sedang sakit kepala. 


aku rasa sangat sunyi sekarang. terasa seperti mahu terbang dan pergi jauh. cepatlah. cepatlah. aku nak pergi kelantan dan bercuti ni. 


bf aku busy, maka aku perlu cari doktor yang boleh merawat kesunyian aku. ini ayat orang desperate. jangan tiru. nanti ada yang clash jika hubungan masih baru. oh. harini doktor comel cuti agaknya. aku tak nampak pulak mukanya yang kiut tu di wad tadi. sedih sungguh hati ini. semua warga comel meninggalkan aku. 


k. BYE.


*audit dan portfolio tidak berjalan seperti yang dirancang. MAKAnya aku terpaksa menangguhkan segala rancangan esok hari.*












talks END here.

No comments: