February 19, 2012

I AM HAVING THE HARD TIME RIGHT NOW

tajuk entri aku dah macam orang putus cinta. blugh. *rolling eyes*

aku rasa macam otak aku dah beku. tengok sampah tergolek depan mata pon aku boleh buat dunno je bila kepala otak aku tengah full dengan ayat citation dan reference yang bakal digunakan untuk clinical audit aku. sebelum ni aku adalah sangat pembersih, kata mak aku yang aku reka. okay aku tipu. tapi aku seorang yang rimas akan kekotoran. 

tapi, disebabkan oleh kepala otak aku yang full tank dengan pemikiran merentas benua untuk mencipta dan mereka ayat yang boleh menang grammy awards kelak, bilik aku dah macam tongkang pecah pon aku tak hairan. 

serabut di kepala kian bertambah apabila esok, iaitu hari isnin, bersamaan 20 februari 2012, lecturer aku dari puncak alam nak datang ke hospital demi menjengah para pemenang grammy awards-reka-ayat untuk portfolio dan audit masing-masing. aku punya audit macam salah buat je. aku macam dah tak sanggup nak patah balik. maka, aku perlu teruskan perjalanan biarpun terpijak PAKU. arghh. sakitnya nak betulkan balik audit tuu. mari menangis bersama-sama.

tadi aku berduka sedikit disebabkan kemaslahatan yang berlaku di dalam coverage area aku. *tak faham sudah* sekarang dah okay.

aku rasa, aku tak mampu nak teruskan penulisan blog sebab aku terasa masa berlalu dengan pantas seperti pembaziran air berlaku apabila bukak air deras-deras. makanya aku perlu meneruskan perjuangan membuat clinical audit aku. marilah mendoakan kejayaan aku dan rakan-rakan bersama. hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kalian yang telah mendoakan kejayaan kami. terima kasih banyaks. *betapa pluralnya terima kasih aku* 

ok. thanks. BYE. 

memuah sikit. sayang korang. <3 





talks END here.

No comments: