February 27, 2011

UITM memang bijak bab nak bagi full tempat duduk dalam dewan seminar.

oh. angin dalam bilik aku agak kuat lately ni. okay, this weekend, aku tak pergi mana-mana pon. baikkan aku? baikkan? haaa. jangan tak tau. ingat aku kaki merayau ke? aku pon kaki duk kolej jugak. tapi minggu ni aku tak lekat kat dalam bilik. err. sebab semua gara-gara nak kutip kupon kolej. aku yang baik hati ni pergi ke merata-rata ceruk sumber untuk dapatkan kupon yang kecik cinonet gila. boleh kata macam besar ibu jari je jadah tu. tapi nak dapat punya la susah. kena attend seminar la, ceramah la, apala. sebagai student yang berdedikasi macam aku ni, aku pun attend la aktiviti yang berteraskan kupon. tak percaya? hmm, cuba tanya semua student uitm.


MESTI DIORANG PERNAH CAKAP MACAM NI.


1#
student A : weh, taknak gi ke? ade kupon lah. jom ah.
student B : ehh, kupon ade eh? haaa. jom.jom.


2#
student C : ishh. ade kupon tak weh? kang buat penat je aku pegi.
student D : ada ni. kalau takde jangan harap aku nak pegi.


3#
student E : kalau takde kupon ni, aku tuntut kat ketua program dia.
student F : hahh, tau takpe. 


4#
student G : weh, solat hajat jom! ada kupon ah. mesti ramai. jom la.
student H : ehh, yeke? jom ah, exam nak dekat dah. g solat dapat gak kupon.
student duraney : ermm. takpelah.ramai la. aku buat solat hajat kat bilik je lah. nanti amekkan kupon kat aku eh. 


5#
student  I : alaa, aku nak tengok movie la. tolong weh. tolong amekkan kupon kat aku. plissss. *sambil buat muka comel macam kartun jepun yang mata besar. 
student J : hmm. tengoklah nanti. kalau ada, ada lah. 
student yang dengki : kupon kau ada berapa dah? 
student I : errmm. ada 7 kot. 
student J : ehhh, mana aci! aku baru 5! taknak ah amek kat kau ! 
student yang dengki : hehehehe. padan muka!


6#
(okay. situasi apabila melihat sesuatu iklan aktiviti di board.) 

student 1; wehhh.wehh. ada aktiviti la. cam best je. haa. ada suria.fm lagi datang. 
student 2; caye sgt la suria.fm nk datang. kalau fly.fm datang nak gak aku pegi. hahahahah
student 1; mengada lah kau nih. 
student 2; jap.jap. ada ceramah la kat padang kawad wehh. ni malas nih.
student 3; weh, ceramah. japp. aku cek. *sambil belek2 iklan tu* haaaaaaaa. ada kupon. ada kupon. JOM!
student 1; ehh, ko bia betul. ada ke? takkan suria.fm datang nak bg kupon gak. 
student 2; betullah. tengok ni. *sambil tunjuk kat student 1 kat tepi-tepi bucu-bucu iklan tu ada tulis kupon disediakan.
student 1,2 dan 3 : jom ah weh. kutip kupon. datang lambat sikit pon tak pe. hehehehe. 




SEE ! memang bijak kan pihak uitm. nak fullkan tempat duduk dalam satu-satu aktiviti tu dia bagi kupon. kupon tu kegunaan dia untuk isi dalam kad aktiviti. kad aktiviti tu perlu dihantar pada penghujung semester. tambahan pula, untuk mendapat peluang yang cerah nak duduk kolej sem depan, kau kenalah kutip dan tampal kupon tu banyak-banyak. KONONNYAAA. lagi banyak kupon anda, lagi cerah peluang nak duduk kolej sem depan. macam tu lah. padahal, tak jugak. dia tengok kekosongan kolej jugak. kalau student new intake ada 5000 orang. lepastu, yang apply kolej untuk sem akan datang ada 2000 orang. lepastu kolej yang ada cuma 5000 penempatan. THEN HOW? disinilah para pelajar uitm akan merasa bengang yang teramat. hahahahaha. lain kali jangan berjanji kalau rasa tak boleh buat. ada faham. 




sebab, setudent yang attend aktiviti tu semua lahap kupon je. bukan nak dengar sangat apa penceramah dok bebel kat depan. lain lah macam aku, aku datang seminar, orang memekak-mekak, aku yang cakap shushhhhh. diam lah. bisinglah. hahahaha. betapa poyonya cik duraney kita. gahahaahaha. 



ok lah. BYE ! 
nak teman kawan aku jumpa boyfriend dia.
boyfriend aku bila la nak datang jumpa aku nih.
haihh. bosan!




talks END here.

No comments: