September 9, 2010

terjumpa. sengaja copy dan sengaja paste :D

cara mengatasi patah hati.


1. Percaya pada takdir
Bila ‘bekas kekasih’ memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi! Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk kamu.

2. Relakan
Mencintai seseorang bererti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

3. Lupakan
Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu walau atas alasan apa pun, kamu harus terus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya.

4. Ambil hikmahnya
Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan baharu, hal-hal seperti itu tidak berulang.



credit to blog yang di STALK ! :P



talks END here.

No comments: