March 25, 2011

semua orang sila derma kasih sayang dekat aku

mak aih. perut aku memulas. roomate aku selalu cakap aku ada problem dengan perut. entah betul ke tak minah tu. aku bosan gila kalau dia takda. kalau dia ada, selalu berebut internet pulak. haihh. manusia memang tak bersyukur la aku nih. 


pagi tadi, aku pergi ke sekolah menengah desa tun hussein onn KOT nama dia. dalam kem kementah kat setiawangsa KL. aku sebagai nurse yang berdedikasi serta comel molek ni, pergi ke sekolah untuk melakukan suntikan anti-tetanus-toksoid. errr.errr. HODOH gila spelling melayu dia. anti-tetanus-toxoid. injection ni untuk elak kau dapat kancing gigi ye adik-adik. kancing gigi ni bukan selalu jadi kat kau. unless kau memang ada sawan lah. time sawan je jadi kancing gigi ni. yang orang selalu kata letak sudu lah apa lah. betullah tu. 


masa pergi ke sekolah tu, masuk terus memory lane aku time sekolah dulu. hahaha. bila tengok je nurse-nurse datang dengan van kementerian kesihatan, mula lah nak cuak. fikir macam-macam. tapi, sekarang, aku dah besar. sekarang aku yang tengok budak-budak macam tu. sekarang aku yang buat injection kat budak-budak tu. rasa macam ohh. aku dah tuua lah. tua. tak lama lagi nak kerja. aiiiiihh. aku tak dapat terima kenyataan. oh. tidakk. ehemm.ehemm.


budak-budak yang kena injection tadi terdiri daripada pelajar form 3. ohh. mereka nakal. memang nakal. TERINGAT lagi zaman sekolah. aku pun nakal. tapi aku rasa aku lebih baik 3 kali ganda sebab aku tak takutkan kawan-kawan aku masa injection dulu. AS I REMEMBERED lah. tapi aku kelakar bila ada yang nangis. alahai adikk. cucuk sikit je. mana nak sakit. kat hospital tu, akak cuci luka orang, lagi sakit. aihh. pondan betul nangis-nangis ni. 


lepastu yang kelakar lagi, diorang tanya aku "akak misi, jarum panjang mana?besar tak jarum?" "nurse, sakit tak cucuk ni?" dan yang paling aku rasa nak gelak depan budak-budak tu apa tau tak, lepas check buku rekod kesihatan diorang tu, ada parents yang tak sign kebenaran nak ambil injection, diorang tak boleh ambil injection. diorang ada yang cakap "alhamdulillah, selamat aku harini." HAHAHAHAHAHAHAHAHA. LMAO. *aku gelak dalam hati je lah. kang aku gelak kuat-kuat kena lesing dengan staffnurse kat situ kang. 


budak-budak ni macam-macam lah. haihh. lawak betul. tapi tadi aku cuak sikit. sebab ada sorang staffnurse tu muka cemberut semacam je. aku tanya pun taknak jawab. haihh. saya tau la akak tu memang berpengalaman. tak boleh ke jawab elok-elok. tu dengan student nurse tu. cuba bayangkan kalau dengan orang luar. mana la taknya orang tak cakap yang nurse ni garang-garang. muka macam nak tahan berak je. haihh. saboo je la aku nih. yelah. kite mane ade pengalaman macam die. tengok injection kat sekolah pun first time tadi. yelah akak. sapelah kite nih kak.student je pon. akak dah keje 10,20 tahun. saye ni, setahun punya experience pun tak sampai kak. *read sarcastically


 for now.
k. BYE!





talks END here.

2 comments:

Melle Abadi said...

whoa akak dah start kerja luar, mesti best an

duraneyisyah said...

best? biasa je. dah kerja. buat je lah.