May 31, 2011

aku penat

aku rindu blog. wah. rindu boyfriend sebenarnya. hahaha. 



tadi aku praktikal. macam biasa. dapat shift petang minggu ni. dah macam diary dah blog aku. pukul 11.30pagi dah gerak. dalam pukul 12.30 tengah hari sampai. actually aku masuk kerja pukul 2 petang. pakcik bas tu yang EXCITED lebih nak hantar kitaorang berbakti kat HTAR tu. nak buat macam mana. ikut jelah. 




aku kerja dari pukul 2 petang sampai 9 malam. okay. dekat pukul 8.30 malam baru staffnurse (s/n) suruh kawan aku buat dressing yang bukan alang kecik tapi bukan main alang kepalang hotak dia besar nak mampos bedsore dia. dah kena roger, kawan aku pun out jelah. "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?"





dari sem 1 dulu aku memang menyampah kalau 1 wad ada beberapa student nursing college yang lain. PASTI ya, PASTI akan ada ketidakpuasan hati antara uitm dan mereka-neraka. arghh. benci ah aku dengan diorang. menyemak. kau ingat kau bagus sangat keeee? haaa? eish. malas aku nak cakap. 





okay. aku nak ungkit lagi pasal "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?" bukan niat nak mengutuk, tapi kalau dah nama student memang tak banyak experience. tapi kena tau banyak benda. seperti doctor housemanship, err, houseman, err, selalu aku panggil HO je. sebut H dan O ye. bukan HO. HO ni macam doctor pelatih. doctor yang baru grad. freshie lagi la kira. ntah. YE LA KOT! hehehe. 





aku selalu, okay tak la selalu, tapi ahh. banyak kali gak la jumpa HO kena marah. kena perli, kena dot,dot,dot. dengan doctor atasan. macam2 ah. kau jangan ingat nak jadi doktor senang. kadang.kadang kesian gak, tapi nak buat macam mana. nak.nak lagi malu kena marah depan student nurse cam aku ni. haihh. kesian.kesian. 





gaya macam aku tak pernah pulak kena marah. wahh. siap kena cubit.cubit. kena marah depan s/n, depan patient pun pernah jugak. malu wehh. rasa cam bodoh gila masa tu. setakat record aku takde LAGI kena marah depan doctor. kalau kena pun aku jamin time tu aku buat muka inesen aku. 





sebenarnya aku esok ada case presentation. pasal malignant otitis media. aduh. mencik tol akuk kalauk digoogle search takdek mendek yang aku mauk. aku nak malignant otitis media. tapi keluar malignant otitis externa. haii. walaupun beza media dengan externa je, kau jangan ingat benda sama. LAIN TAU TAK! 






5 minit pertama excited aku baca pasal otitis media. bukak tab lagi pasal malignant. KONON. lepas 10 minit, rasa nak pejam mata, buka blogger dah. hmm. terbantut niat murni aku buka laptop konon nak study. nasib je ni aku tak new tab facebook. dugaan betul kalau nak study ni. 






aku nak mencuba meneruskan perjuangan otitis media aku. 
k. BYE!






talks END here.

May 29, 2011

aku benganggg!

result semua orang semester ni memang sengaja. okay. SENGAJA! direndahkan! arghhh. taik kentut betul! menyampah tahap gaban aku. aku cuba untuk mengawal perasaan marah dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat.




firstly. memang F sebab semua orang termasuk aku result jatuh menjunam kedalam gaung. WALAUPUN KURANG bilangan student yang kena repeat. tapi BETAMBAH bilangan student yang DISMISS. takkan lah dalam sesebuah kos tu, errm, bidang, ermm whateverlah TAKDA. okay, TIADA, yang pointer naik? 





MUSTAHIL GILA BABI KOTTT!






aku punyalah study bersengkang mata. takkan lah BODOH sangat kot. masalahnya sekarang TAKDA, TAKDE, TIADA result budak class aku yang naik pointer. yang peliknya apa tau tak? ada subjek aku tu dapat carry marks 36 point berapa entah tak dapat A? dapat B+? serius shit!







sem lepas ada carry marks aku tak sampai 30 boleh pulak dapat B- kot tak silap aku. eh, apa kaitan ni. jap.jap. ahhh. WHATEVERLAH! yang penting, aku memang tak percaya langsung kenapa result class aku sem ni semua pointer DROP! ni semua sengaja ni. ahhh. tension betul ah nursing department puncak alam ni. 






kepada PIHAK yang berkenaan. KAU INGAT SENANG KE NAK NAIKKAN CGPA?  



































akhir kata. FUCK AH!





talks END here.

May 23, 2011

kebosanan mampu membunuh

berpraktikal di HTAR klang amat amat amat amat amat penat. sebab kerja ada tapi aku nak buat bodoh. bukan. aku tak tahu nak explain macam mana. muka sedih.






HTAR sangat sedi dari segi kondisi wad mahupun barang-barang. oh YA! HTAR menggunakan autoclave sterile pack tau! yang besi, bukan yang yang disposable. tu je point yang buat aku impressed di HTAR. yang lain, sangat menyayat hati.






mungkin nak cakap aku ni anak orang kaya, sebab aku posting HTAR lepak.lepak kat wad sambil borak.borak aku boleh berpeluh. yelah. sebelum ni aku kat hospital ampang, aircond 24/7 memang ah. HTAR pakai kipas yang segan hidup ala nak mati. 






first time tengok patient bawa stand fan letak kat meja tepi katil. and i was like OHEMGEEE. this is cool. tee underscore tee. oh, dan tak lupa, urine bag. okay, URINE bag. URINE BAG SANGKUT DEKAT LACI ROTI MAKANAN? i was like. DO YOU KNOW THAT BAG ADA YOUR OWN URINE? tau tak urine tu apa? tak tau tak payah la kencing. 






but obviously critical thinking amat penting semasa berada di HTAR. kerana di kepala katil tidak dijumpai no katil tersebut. akibat ada katil extension yang TERlalu melimpah ruah. YA! aku tau. sangat menyayat hati. tee underscore tee. 






tolonglah semua orang sihatkan badan. elakkan diri masuk hospital. HTAR kekurangan space. kasihanilah HTAR. 





padahal aku posting dekat ward post natal. nak taknak mak kena jugak masuk ward. ye dok? 






okay. BYE!





talks END here.

May 18, 2011

aku suka lagu alien

seriously, im in love with THIS!



okay. first tymeee post benda pelik sebab ni lagu unsur alien. i love more in this version. this song ada dua versions. *yes. grammah itu important yah* rolling eyes. tak penting pon. aku just nak try post benda ni je. 





like i said beforeee, kalau aku suka satu lagu tu, im a bit freak sebab aku akan repeat lagu tu dari start laptop on until aku nak shut down. okay. its freak. i know. weird is cool what. 





nurse duraney dah start praktikal. harini dia macam tak faham erti letih dan penat. sebab balik je hospital dia terus mandi, on laptop, masak air buat milo, then tengok harry potter lepastu tengok the mechanic halfway,then online. bila dia dah online, dia dah tak reti nak off. so, mungkin atau tak dia akan sambung tengok the mechanics. 






harini aku tengok budak-budak. sepertimana yang aku belajar, kanak-kanak memang nakal. so, bila posting dekat klinik otorhinolaryngology atau klinik telinga hidung tekak *ya aku tau bahasa melayunya sangat memualkan. tapi senang nak sebut anyway. didapati kebanyakan pesakit adalah kanak.kanak. 






ada seorang budak kecik tu umur 4 tahun tak silap, akibat kenakalan diri sendiri. telinga beliau dimasuki manik. aku mula.mula nak gelak, tapi tak jadi. sebab bahaya juga kalau fikir balik. tulah, nakal sangat. sampai manik pon masuk telinga. beliau menangis atau lebih tepat sekali MELALAK dalam bilik tu masa nak keluarkan manik tu. bapanya yang dah tipis kesabaran lalu menengking anaknya. dan aku serta kawan-kawan tersentak lalu memandang sesama sendiri. terkedu kami seketika. but still budak tu melalak jugak. 






akhirnya manik berjaya dikeluarkan dengan jayanya oleh abang MA yang berjaya kenakan aku tadi. sekian. 





oh ya. hospital tengku ampuan rahimah sangat besar ya. mengah juga aku dari klinik ke pintu pagar depan hospital. 





ok. BYE!






talks END here.

May 17, 2011

kepada pihak yang berkenaan

"aku rindu kau doh. tak tipu." :(






fuck. aku tak suka bila aku jiwang.








talks END here.

May 16, 2011

apesal tetiba aku rasa menyampah kat blogspot?

dashboard aku jahanam. buruk gila woih. takdak mood aku. dah la previous post aku hilang. haish. apa ramai sangat join blogspot sampai tak terkawal ke? bila nak elok balik nih. sobsob. :(






harini ai main kat padang sampai hitam muka ai noks. buruk lah muka ai nak jumpa patient kat hospital nanti. 







ai terkilan gila tak sempat.sempat menyempat nak tengok van diesel ai kat cinema noks. ai tak tengok lagi fast 5. duduk rumah ai jadi fulltime housewife, ai busy. 






ai penat main. harini ai nak tido awal.
ok. BYE!









talks END here.

May 8, 2011

internet yang lembap buat gua bertambah panas


gua pernah cakap sebelum ni, gua memang benci PLUS anti tahap gaban pakai broadband. gua rasa macam nak campak lombong je broadband ni.


























dah la rumah gua panas harini. gua pun sama panas macam rumah gua. sampai air paip rumah gua pun panas. gua tak tau la macam mana nak cakap. padahal rumah gua tak pakai water heater. air paip biasa pun panas. gua rasa macam nak pergi genting highlands mandi kat sana pukul 7 pagi.






















gua harini mood baik sikit. sebabnya gua makan berkati-kati makanan. luorang mungkin pernah gak makan banyak macam gua. tapi gua jarang makan banyak. bak kata orang putih kenyang perut suka hati. hati gua tengah senang ah ni.















petang tadi dalam pukul 3 camtu, gua pegi makan kat restoran arab. dengan mak gua. sebab gua rasa kalau gua ajak member atau boyfriend gua, gua confirm diorang berpinar mata tengok harga makanan dia. kedai tak lah standard. tapi luorang paham ah. kedai makan kat cyberjaya. nak survive kedai dia, goverment tax dia dekat rm10. luorang tau tak.






















cuba luorang bayangkan. kalau tax mcD macam tu? gua rasa memang tak ramai orang nak makan kat mcD. gila ke? luorang ingat, selama ni luorang makan takde bayar cukai ke? macam tadi tu, kedai arab tu, service+government tax je rm10? luorang bayangkanlah. mahal tak mahal. makanan dia memang dah mahal. tax lagi. memang lah. dunia akhir zaman.*tetiba*



















gua dah panas. dahi gua pon dah memercik peluh ni. tunggu masa je nak jatuh kat keyboard. gua nak chow. gua nak mandi. luorang jangan bayang lebih. gaya macam luorang tak pernah mandi je.




















ok. BYE!




*gua sengaja tekan enter banyak-banyak.




talks END here.