Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

June 29, 2011

sila menangis bersama-sama

esok ada test tapi satu hapak tak baca lagi. marilah ikut aku menangis bersama-sama. 





lecturer aku sem ni semua pandai bijaksana belaka. sebab bila beliau tanya kat kelas aku semua buat muka blur macam cicak berak hijau tak tau apa nak jawab soalan dia.




contoh soalan : awak tau tak status asthmaticus tu macam mana? 




kelas aku bagai dilanda monsun mulut-kena-gam-beberapa-saat sebab masing-masing BLUR gila bila beliau tanya macam tu. then, beliau pun explain dengan perasaan korang-ni-apesal-banyak-sangat-makan-semut?? benda dah belajar sem 2. okay. sem 2, sekarang aku dah sem 5. sem2 belajar takkan tak ingat? aku terasa sangat JAHIL berada di kelas beliau ye.



mari menangis bersama. tee underscore tee




lecturer aku yang cantik tu sangat-sangat hebat mengenai jantung. padahal student beliau yang satu ni SANGAT-SANGAT BENCIKAN JANTUNG! 




bila hebat bertemu benci. si benci akan mengalah dengan membuka buku untuk mencuba memahami kata-kata si hebat. 




saya sayang kakak saya yang cun melecun tu. tau? dia baik, even muka garang kerut-kerut. aku doa kejayaan dan jodoh beliau. terima kasih cik putih-cantik-melepak. dengan cik baru saya mencuba nak faham JANTUNG YANG KOMPLEKS mengalahkan cipan dalam hutan.




ok. BYE! 



T_________T







talks END here.

June 14, 2011

aku perlu tabah

hari pertama masuk kelas.


#FIRST SUBJECT
okayy. awak ada 6 weeks classes. awak ada TEST 1, TEST 2, ASSIGNMENT awak ada DUA. sekarang saya bagi awak SATU dulu. saya nak awak buat 1 video mengenai nursing. bla.bla.bla. macam biasa carry marks 50%, final exam 50%. later on saya bagi date untuk present video. bla.bla.bla.


WTF ambil diploma nursing ada buat video. HMMPPPHHH. nurse sekarang kena celik IT okayy. -_-'




#SECOND SUBJECT
lecturer aku takda. beliau pergi preceptor. tetapi meninggalkan bekalan kerja dunia akhirat.
1. draw the anatomy review of the brain. and label
2. list all the cranial nerves with function.

aku dah rasa macam ambil medic okayyy




#THIRD SUBJECT for the day.
subjek awak untuk community II 2 kredit sahaja. saya nak awak buat group untuk ASSIGNMENT awak. awak akan ada written assignment and presentation. 1 hari sebelum awak present saya nak awak e-mail dekat saya dulu power point awak. written assignment should not less then berapa-ribu-words-entah-aku-tak-ingat.

okay. aku masih lagi bertahan secara mental sebab lecturer aku untuk subject community is QUITE INTERESTING.




hari kedua masuk kelas.


#FIRST SUBJECT
kita sambung THEORY pasal management. bla.bla.bla.

aku dah terlungkup kat belakang. hahahaha. fuck. nursing perlu theory okayy. 



#SECOND SUBJECT
awak mesti tak familiar dengan subject ni. sebab batch awak is the first diploma batch yang ada kod ni. subject for introduction to research. before this student degree je yang ambil kod ni. okay. awak punya assignment memang susah. saya nak awak buat presentation. group awak saya ambil yang sem lepas punya untuk subject puan dot.dot.dot. presentation 10%. research proposal 30%, oh test awak ada 1 sahaja. test awak 10%. final 50%. i will guide you masa buat proposal nanti.

again. FUCK. aku ambil diploma je okayyyy. kenapa perlu buat research proposal like i am taking degree in nursing? arghhh. tekanan.tekanan. ada kaitan tak literature review dengan nursing subject? oh, data collections, ermm. ADA KAITAN KEEE? nanti aku inject orang MEMANG pakai LITERATURE REVIEW along with all the journals and also articles. 








terlungkup mood aku nak bersuka ria bersama rakan taulan hujung minggu ni. ASSIGNMENTS ARE REALLY MADE MY DAY.










asshole you fucking bastard.
















talks END here.

May 31, 2011

aku penat

aku rindu blog. wah. rindu boyfriend sebenarnya. hahaha. 



tadi aku praktikal. macam biasa. dapat shift petang minggu ni. dah macam diary dah blog aku. pukul 11.30pagi dah gerak. dalam pukul 12.30 tengah hari sampai. actually aku masuk kerja pukul 2 petang. pakcik bas tu yang EXCITED lebih nak hantar kitaorang berbakti kat HTAR tu. nak buat macam mana. ikut jelah. 




aku kerja dari pukul 2 petang sampai 9 malam. okay. dekat pukul 8.30 malam baru staffnurse (s/n) suruh kawan aku buat dressing yang bukan alang kecik tapi bukan main alang kepalang hotak dia besar nak mampos bedsore dia. dah kena roger, kawan aku pun out jelah. "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?"





dari sem 1 dulu aku memang menyampah kalau 1 wad ada beberapa student nursing college yang lain. PASTI ya, PASTI akan ada ketidakpuasan hati antara uitm dan mereka-neraka. arghh. benci ah aku dengan diorang. menyemak. kau ingat kau bagus sangat keeee? haaa? eish. malas aku nak cakap. 





okay. aku nak ungkit lagi pasal "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?" bukan niat nak mengutuk, tapi kalau dah nama student memang tak banyak experience. tapi kena tau banyak benda. seperti doctor housemanship, err, houseman, err, selalu aku panggil HO je. sebut H dan O ye. bukan HO. HO ni macam doctor pelatih. doctor yang baru grad. freshie lagi la kira. ntah. YE LA KOT! hehehe. 





aku selalu, okay tak la selalu, tapi ahh. banyak kali gak la jumpa HO kena marah. kena perli, kena dot,dot,dot. dengan doctor atasan. macam2 ah. kau jangan ingat nak jadi doktor senang. kadang.kadang kesian gak, tapi nak buat macam mana. nak.nak lagi malu kena marah depan student nurse cam aku ni. haihh. kesian.kesian. 





gaya macam aku tak pernah pulak kena marah. wahh. siap kena cubit.cubit. kena marah depan s/n, depan patient pun pernah jugak. malu wehh. rasa cam bodoh gila masa tu. setakat record aku takde LAGI kena marah depan doctor. kalau kena pun aku jamin time tu aku buat muka inesen aku. 





sebenarnya aku esok ada case presentation. pasal malignant otitis media. aduh. mencik tol akuk kalauk digoogle search takdek mendek yang aku mauk. aku nak malignant otitis media. tapi keluar malignant otitis externa. haii. walaupun beza media dengan externa je, kau jangan ingat benda sama. LAIN TAU TAK! 






5 minit pertama excited aku baca pasal otitis media. bukak tab lagi pasal malignant. KONON. lepas 10 minit, rasa nak pejam mata, buka blogger dah. hmm. terbantut niat murni aku buka laptop konon nak study. nasib je ni aku tak new tab facebook. dugaan betul kalau nak study ni. 






aku nak mencuba meneruskan perjuangan otitis media aku. 
k. BYE!






talks END here.

May 23, 2011

kebosanan mampu membunuh

berpraktikal di HTAR klang amat amat amat amat amat penat. sebab kerja ada tapi aku nak buat bodoh. bukan. aku tak tahu nak explain macam mana. muka sedih.






HTAR sangat sedi dari segi kondisi wad mahupun barang-barang. oh YA! HTAR menggunakan autoclave sterile pack tau! yang besi, bukan yang yang disposable. tu je point yang buat aku impressed di HTAR. yang lain, sangat menyayat hati.






mungkin nak cakap aku ni anak orang kaya, sebab aku posting HTAR lepak.lepak kat wad sambil borak.borak aku boleh berpeluh. yelah. sebelum ni aku kat hospital ampang, aircond 24/7 memang ah. HTAR pakai kipas yang segan hidup ala nak mati. 






first time tengok patient bawa stand fan letak kat meja tepi katil. and i was like OHEMGEEE. this is cool. tee underscore tee. oh, dan tak lupa, urine bag. okay, URINE bag. URINE BAG SANGKUT DEKAT LACI ROTI MAKANAN? i was like. DO YOU KNOW THAT BAG ADA YOUR OWN URINE? tau tak urine tu apa? tak tau tak payah la kencing. 






but obviously critical thinking amat penting semasa berada di HTAR. kerana di kepala katil tidak dijumpai no katil tersebut. akibat ada katil extension yang TERlalu melimpah ruah. YA! aku tau. sangat menyayat hati. tee underscore tee. 






tolonglah semua orang sihatkan badan. elakkan diri masuk hospital. HTAR kekurangan space. kasihanilah HTAR. 





padahal aku posting dekat ward post natal. nak taknak mak kena jugak masuk ward. ye dok? 






okay. BYE!





talks END here.

May 16, 2011

apesal tetiba aku rasa menyampah kat blogspot?

dashboard aku jahanam. buruk gila woih. takdak mood aku. dah la previous post aku hilang. haish. apa ramai sangat join blogspot sampai tak terkawal ke? bila nak elok balik nih. sobsob. :(






harini ai main kat padang sampai hitam muka ai noks. buruk lah muka ai nak jumpa patient kat hospital nanti. 







ai terkilan gila tak sempat.sempat menyempat nak tengok van diesel ai kat cinema noks. ai tak tengok lagi fast 5. duduk rumah ai jadi fulltime housewife, ai busy. 






ai penat main. harini ai nak tido awal.
ok. BYE!









talks END here.

April 19, 2011

status fb semua orang pasal exam. duhh.

aku dah errm. 3 hari bergelumang dan bercomolot dengan buku-buku aku. meja aku dah tak terurus. makan minum aku ehemm. mestilah terurus. walaupun aku rasa sama je. makan tak makan, takde la effect mana pon. yang paling ketara pasal aku kalau nak exam, aku tak buka facebook. tapi, tadi baru aku buka. tipu la kalau aku boleh post kat blog facebook aku tak on langsung. 



aku dah kata meja aku tak terurus. senget benget fail aku. pen 2,3 batang atas meja. padahal nak guna 1 je. 


niat hati memang malas gila nak baca buku. memandangkan markah carry marks aku boleh lahhhh blahhh nak bagi lulus. tapi disebabkan janji manis ayah aku taburkan untuk bagi aku kereta kalau dapat pointer 3.8. aku bacakan je lah buku tu. *even aku tau memang dah terang lagi spotlight aku takkan dapat punya. at least aku berusaha. muahaha. 


hasil usaha gigih aku baca buku. dakwat pen pon nak habis weyh. jangan main-main.


aku kalau time exam mesti dapat krisis otak. sebelum ni tak pun. padahal otak sama je. aku rasaa simptom otak kurang space nak letak semua input yang aku baca. yang tak menahan, aku kesian kat otak aku kena hadam nota laju-laju. sebab tuan otak memang hobi baca buku last minutes. nasib lah. so, sebab nak tau semua benda, kena lah baca nota laju-laju. bayangkan, ada 28 group punya slides yang diphotostat, aku baca dalam masa sejam. muahaha. aku agak nota tu ada la dalam tebal 2 inchi. ni memang aku takjub dengan kebolehan otak aku masa final. *sebab kalau duduk saje2 nak baca nota, memang makan 2-3 hari nak habiskan semua tu.



lagi satu sindrom yang paling ketara kalau aku nak exam, aku akan kurang gelak ketawa dan kurang BERCAKAP. ya, silalah faham. aku akan kurang bercakap. dan aku rasa aku menjadi beruang kutub didalam bilik tanpa ditemani oleh roomate tersayang. sebab aku rasa dia lagi tension tengok aku study tanpa mendengar lagu mahupun nasyid dan tanpa bercakap. sorry ya awatif. aku bukan tak nak bercakap. aku rasa macam nanti semua aku baca lari bertempiaran kalau aku start borak dengan kau. better diam je. 




tamatlah riwayat sebatang pen. sekian. 


nak bebel panjang tak boleh juga. masa itu emas kalau nak dekat final. 
ok. BYE!




talks END here.