Showing posts with label letih dengan ragam manusia. Show all posts
Showing posts with label letih dengan ragam manusia. Show all posts

May 31, 2011

aku penat

aku rindu blog. wah. rindu boyfriend sebenarnya. hahaha. 



tadi aku praktikal. macam biasa. dapat shift petang minggu ni. dah macam diary dah blog aku. pukul 11.30pagi dah gerak. dalam pukul 12.30 tengah hari sampai. actually aku masuk kerja pukul 2 petang. pakcik bas tu yang EXCITED lebih nak hantar kitaorang berbakti kat HTAR tu. nak buat macam mana. ikut jelah. 




aku kerja dari pukul 2 petang sampai 9 malam. okay. dekat pukul 8.30 malam baru staffnurse (s/n) suruh kawan aku buat dressing yang bukan alang kecik tapi bukan main alang kepalang hotak dia besar nak mampos bedsore dia. dah kena roger, kawan aku pun out jelah. "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?"





dari sem 1 dulu aku memang menyampah kalau 1 wad ada beberapa student nursing college yang lain. PASTI ya, PASTI akan ada ketidakpuasan hati antara uitm dan mereka-neraka. arghh. benci ah aku dengan diorang. menyemak. kau ingat kau bagus sangat keeee? haaa? eish. malas aku nak cakap. 





okay. aku nak ungkit lagi pasal "student kena bagi makan taik pun kami telan jer. kan?kan?kan?" bukan niat nak mengutuk, tapi kalau dah nama student memang tak banyak experience. tapi kena tau banyak benda. seperti doctor housemanship, err, houseman, err, selalu aku panggil HO je. sebut H dan O ye. bukan HO. HO ni macam doctor pelatih. doctor yang baru grad. freshie lagi la kira. ntah. YE LA KOT! hehehe. 





aku selalu, okay tak la selalu, tapi ahh. banyak kali gak la jumpa HO kena marah. kena perli, kena dot,dot,dot. dengan doctor atasan. macam2 ah. kau jangan ingat nak jadi doktor senang. kadang.kadang kesian gak, tapi nak buat macam mana. nak.nak lagi malu kena marah depan student nurse cam aku ni. haihh. kesian.kesian. 





gaya macam aku tak pernah pulak kena marah. wahh. siap kena cubit.cubit. kena marah depan s/n, depan patient pun pernah jugak. malu wehh. rasa cam bodoh gila masa tu. setakat record aku takde LAGI kena marah depan doctor. kalau kena pun aku jamin time tu aku buat muka inesen aku. 





sebenarnya aku esok ada case presentation. pasal malignant otitis media. aduh. mencik tol akuk kalauk digoogle search takdek mendek yang aku mauk. aku nak malignant otitis media. tapi keluar malignant otitis externa. haii. walaupun beza media dengan externa je, kau jangan ingat benda sama. LAIN TAU TAK! 






5 minit pertama excited aku baca pasal otitis media. bukak tab lagi pasal malignant. KONON. lepas 10 minit, rasa nak pejam mata, buka blogger dah. hmm. terbantut niat murni aku buka laptop konon nak study. nasib je ni aku tak new tab facebook. dugaan betul kalau nak study ni. 






aku nak mencuba meneruskan perjuangan otitis media aku. 
k. BYE!






talks END here.

April 27, 2011

March 27, 2011

the things that i disagree when people do in facebook

1# like your own status and photos

2# tag your own photos

3# be the one who comment "thanks" after afew of ppl say that you are KONONnye beautiful. even LISA SURIHANI didn't do that.

4# put your fucking shit myspace picture.

5# please.please.please like people's status with all your heart. *aku akan like status orang kalau aku betul-betul LIKE.its not liking their status just nak jaga hati. oh. fucking lah you. i hate you, you know.

6# put your status wItH LikE tHis pUnYa sTyLeeE. urghh.

7# also
    put
    like
    this
    punya
    status
    style
    its like kau rajin sangat nak tekan enter. huh?

8# tulis status, then tak reply apa orang comment. i was like, HEYY, YOU ARE NOT LISA SURIHANI okayy. lepastu tulis status nAk hOT jeWwwWW. geli bodoh baca status kau. rasa nak unfriend. 

9# and.and.and yang ni random. aku terasa mata aku sangat irritate bila tengok orang tulis kthxbai. what the heck is that. bai apa? bai jual roti? hmm. kau thanks kat siapa????

10# anywayy. this is just the things that i errm disagree. sesuai tak disagree? ahh. gasak lah.


k. BYE!





talks END here.

March 25, 2011

aku menyampah tengok

fucked up after saw couple of pictures on facebook. schoolers nowadays. HUHHH. merosakkan jati diri anak bangsa. eishh. FIRST IMPRESSION COUNTS la weyh.


lagi satu. aku memang menyampah tahap gaban tengok orang pakai tudung sanggul macam malas-nak-mencarut. apala nak pakai tudung tayang sanggul tinggi-tinggi. haihh. tak tau lah orang zaman sekarang.


bengang gila bila tengok gamba yang ada unsur kat atas ni.





talks END here.

semua orang sila derma kasih sayang dekat aku

mak aih. perut aku memulas. roomate aku selalu cakap aku ada problem dengan perut. entah betul ke tak minah tu. aku bosan gila kalau dia takda. kalau dia ada, selalu berebut internet pulak. haihh. manusia memang tak bersyukur la aku nih. 


pagi tadi, aku pergi ke sekolah menengah desa tun hussein onn KOT nama dia. dalam kem kementah kat setiawangsa KL. aku sebagai nurse yang berdedikasi serta comel molek ni, pergi ke sekolah untuk melakukan suntikan anti-tetanus-toksoid. errr.errr. HODOH gila spelling melayu dia. anti-tetanus-toxoid. injection ni untuk elak kau dapat kancing gigi ye adik-adik. kancing gigi ni bukan selalu jadi kat kau. unless kau memang ada sawan lah. time sawan je jadi kancing gigi ni. yang orang selalu kata letak sudu lah apa lah. betullah tu. 


masa pergi ke sekolah tu, masuk terus memory lane aku time sekolah dulu. hahaha. bila tengok je nurse-nurse datang dengan van kementerian kesihatan, mula lah nak cuak. fikir macam-macam. tapi, sekarang, aku dah besar. sekarang aku yang tengok budak-budak macam tu. sekarang aku yang buat injection kat budak-budak tu. rasa macam ohh. aku dah tuua lah. tua. tak lama lagi nak kerja. aiiiiihh. aku tak dapat terima kenyataan. oh. tidakk. ehemm.ehemm.


budak-budak yang kena injection tadi terdiri daripada pelajar form 3. ohh. mereka nakal. memang nakal. TERINGAT lagi zaman sekolah. aku pun nakal. tapi aku rasa aku lebih baik 3 kali ganda sebab aku tak takutkan kawan-kawan aku masa injection dulu. AS I REMEMBERED lah. tapi aku kelakar bila ada yang nangis. alahai adikk. cucuk sikit je. mana nak sakit. kat hospital tu, akak cuci luka orang, lagi sakit. aihh. pondan betul nangis-nangis ni. 


lepastu yang kelakar lagi, diorang tanya aku "akak misi, jarum panjang mana?besar tak jarum?" "nurse, sakit tak cucuk ni?" dan yang paling aku rasa nak gelak depan budak-budak tu apa tau tak, lepas check buku rekod kesihatan diorang tu, ada parents yang tak sign kebenaran nak ambil injection, diorang tak boleh ambil injection. diorang ada yang cakap "alhamdulillah, selamat aku harini." HAHAHAHAHAHAHAHAHA. LMAO. *aku gelak dalam hati je lah. kang aku gelak kuat-kuat kena lesing dengan staffnurse kat situ kang. 


budak-budak ni macam-macam lah. haihh. lawak betul. tapi tadi aku cuak sikit. sebab ada sorang staffnurse tu muka cemberut semacam je. aku tanya pun taknak jawab. haihh. saya tau la akak tu memang berpengalaman. tak boleh ke jawab elok-elok. tu dengan student nurse tu. cuba bayangkan kalau dengan orang luar. mana la taknya orang tak cakap yang nurse ni garang-garang. muka macam nak tahan berak je. haihh. saboo je la aku nih. yelah. kite mane ade pengalaman macam die. tengok injection kat sekolah pun first time tadi. yelah akak. sapelah kite nih kak.student je pon. akak dah keje 10,20 tahun. saye ni, setahun punya experience pun tak sampai kak. *read sarcastically


 for now.
k. BYE!





talks END here.

March 11, 2011

judgemental malaysians.

malaysian 3/4 daripadanya adalah judgemental

#1
masuk kedai ZARA boutique dengan pegang handphone torchlight. and try panggil salesgirl/man kat situ. watch their layanan towards you. and bila dia macam malas nak layan, try keluarkan your i phone/blackberry/HTC/touchscreen phone. AUTOMATICALLY they will serve you better with a big FAKE SMILE. like bullshits. and tiba-tiba jadi rajin untuk layan kau. this is real you know. i did that for several times. because i am using 2 phones. kalau kau takde smartphone tu, kau try lah bayar pakai kerdit card. baru terdiam sikit.  malaysian. selalu fikir pakai credit card tu kaya. BUT NOT!


#2
nampak orang yang pakai shorts masuk surau. automatically you will say, "omaigod! i never knew that he has the feeling to solat when dress up like that." ohh. kesian la mamat tu wey. even kawan lelaki aku pun pernah kena jugak. he wore clip-on punya earings. then, pergi surau nak solat. ade beberapa orang perempuan laugh at him bila dia nak masuk surau. see, diorang ingat lelaki yang dress up macam tu tak solat ke? heh? aku respect kalau orang yang dress up macam ni pergi solat.*BUT! lelaki yang ada tindik tak boleh walikan anak perempuan dia. nasib baik kawan aku ni still ada pegangan agama. kalau tak, kesian anak dia.* rather than muka suci habis, tapi pegang awek macam tak cukup pemegang kat mall. urghh.


#3
nampak lelaki pakai baju pink. erm, i got a lot of females friends. and they do gossiping when saw a man or a guy wearing pink. oh. ni lagi 1 bullshits. pink tu mana ada orang tetapkan untuk perempuan jerrr. please lah weh. open minded sikit. sekarang zaman apa weh, kalau lelaki tu pakai kemeja pink, nampak handsome apaaaa.


#4
nampak perempuan pakai tudung mesti cakap baik. aku rasa hal ni memang tak dapat disangkal lagi. maybe ramai yang dah tau. but still, ada lagi yang bersikap judgemental yang mengatakan begitu. again,  i got a lot of females friends. and among of them, ada yang on-off tudung. pergi kelas pakai tudung, pergi mall tudung dah off. or even, pakai tudung untuk cover ke-blonde-an rambut mereka. kalau orang yang ingat diorang ni betul-betul bertudung. once jumpa budak2 ni tak pakai tudung mesti ada yang cakap "weh, dia tu apesal tak pakai tudung. bapak ah. hipokrit gila" lagi2 tengok gambar facebook budak2 ni siap pakai miniskirts. hahh. mesti ada yang kata. "shit gila. dia menipu orang, pergi kelas nampak baik, padahalllll" ohh. crap. cuba jangan kacau tepi kain orang. bia lah dia nak pakai ke tak. suka hati dia lah. kita boleh berdoa kat allah supaya dia berubah. u dont need to canang cerita yang dia macam ni and macam tu. sebab kau tu lagi la teruk, pegi makan fresh meat kawan kau sendiri. ohh. bullshits.


#5
okay aku tak suka mat WEMPIT. ( baca REMPIT ) tapi, aku tak bersikap judgemental terhadap mereka. oh yeah. kalau nampak lelaki atas motor, then isap rokok, lepastu ada awek hot duk sebelah. lalu kat mall tiba-tiba dia nampak beggars, lepastu dia bagi rm10. *okay, maybe susah nak jumpa*. tapi aku masih lagi rasa wujudnya lelaki begini. MESTI mulut kau yang mengata tu terus terdiam. and, and, cakap, ehh. baik gila mat rempit tu. tak semestinya orang isap rokok tu jahat. tak semestinya mat rempit tu jahat. diorang ada alasan yang baik untuk bagi orang nampak diorang jahat.entah-entah, nanti kau accident, mat rempit tu yang tolong kau. baru nak malu sorang-sorang nanti.


#6
orang yang pergi club semua jahat. orang yang ada mentality macam ni memang aku tak tau nak kata apa. bagi aku, orang yang masuk club bukan semua jahat. i also got friends yang kaki clubbing. boring-boring pergi club. bagi aku diorang ni tak jahat. that is just their own way to have their life. ada sorang kawan(A) aku tu, kaki club, tapi mulut dia lagi baik dari orang(B) yang pakai tudung fulltime. yang A tu pernah cakap kat aku, jangan cakap kat orang macam tu, tak baik. orang B pulak aku tengok kaki maki hamun orang je. baik tak payah. haihh. cuba jadi aku ni, relax jer. cakap *babi* muka tak beriak langsung. ha.ha.ha. cuba tengok cerita aku masih dara. cerita tu pun ada kaitan dengan cerita aku pasal mentality terhadap orang yang kaki clubbing.




okay. dah habis aku merepek. aku rasa cam bodoh je entry ni. 
ok. BYE!



talks END here.

March 5, 2011

call me poyo. call me bajet bagus.

aku rasa better tak payah tulis english kalau kau tak tau nak eja. and.and. rasa macam auchh. jangan guna kalau tak tau. i can accept IF it is wrong typing. BUT it is irritating kalau you keep using the wrong spelling word for twice or trice. and.and. wrong grammar yang memang tahap horrible gila. okay. aku memang fail english dulu. kalau aku rasa macam ayat aku peliks, i will use malay words. jangan la bajet sangat duraney. kau bukan bagos pon. ya lah. ya lah.

YOU BETTER DONT! YOU BETTER GOOGLE how-to-spell-the-word-correctly. hahaha. tu lah. dulu suruh buat spelling test dalam kelas english kau main. sekarang nak tulis english dalam facebook pun boleh spell salah.

FUCKING AH KAU DURANEY! poyoooo.



talks END here.

aku memang suka duduk kolej lama-lama

title kat atas tolong baca dengan gigi yang diketap sambil pegang rambut. oh. okay. yang tu over. tapi tolong faham dengan nada yang sarkastik. ooh. hell. its been a long time aku tak balik rumah. i missed my family. err. aku bukan stone heart okay. its just, when the time aku dah lama tak balik, jiwang aku pada family pun datang.i miss my family. BIG TIME ! hands down along with muka sememeh. rindu gila nak main dengan adik aku. Tee underscore Tee. wooohoo


bila aku dah lama duduk kolej. yeah. aku stay kolej tanpa keluar ke mana-mana lokasi yang seringkali aku keluar ye. seperti shah alam mahupun sunway pyramid. pergi pasar malam tidak dikira. aku akan mendapat simptom mengadas-ngadas. simptom itu termasuk melepak-lepak di kawasan kolej yang jarang dilepak. contohnya tadi, aku lepak kat tebing. nak cakap pon tak reti. sampai ada budak naik motor cakap, *ehh, jangan terjun. although aku takde pon intention nak terjun kan. cuma nampak gaya jelah macam suicidal gestures bak kata lecturer mental health aku.


actually aku tader point nak tulis blog. just aku rasa macam dah seminggu aku tak bukak laptop. dah seminggu aku belajar sambil berlari kejar ayam macam tak cukup tanah.*faham-fahamkan lah. semput aku belajar sampai rasa naik juling tengok nota. lecturer aku sepertinya nak menghentam student dengan meng-ada-kan kelas ganti sampai pukul 6.30. ooh, hell. nasib baik tak sampai pukul 7. keluar je kelas, sunyi je fakulti. ohhoo. memang tinggal kitaorang je lah kan kat fakulti tu. rasa-rasa kalau aku jerit pon boleh bergema, and yang penting takder orang nak marah aku buat perangai gila tu. 



tadi aku cakap takder point. SO.
k. BYE!



talks END here.

February 27, 2011

this is a bit corny.

today i went to padang kawad and saw aww. abang handsome. hahaha. ehh, i suka you lah. tapi you dah ada girl friend. rambut you tajam. i rasa macam nak pegang je.nak je tanya, you pakai wax apa? i minat you dari sem 1 tau. tak percaya? tanya kawan-kawan i. dulu i selalu nampak you kat fakulti. tapi, you erm. i tak suka kat you sebab you cepat naik angin. i takut lah. sebab i pernah nampak dengan mata kepala i yang you nak belasah perempuan. just because that girl cakap you pakai shorts pant bunga-bunga? what the hell? can't you be like. ermm.buat2 tak denga. its just seluar je kot. yang you nak naik angin gila tu apehal? tapi you tetap macho. even orang cakap mulut you macam longkang. rambut you handsome tau. dulu i suka usha you. haha. tu pon kalau you perasan lah kan. you dah la tinggi. macho, bergaya. tapi malang. mulut longkang. agaknya, kalau you baca apa i tulis ni, memang arwah lah i esok kan. kan.kan. takpe. nanti i bawak boyfriend i yang lagi handsome, GAGAH, bergaya lawan dengan you.


ehemm.ehem. it was just somebody that fucked up HER/HIS mind wrote that. conclusion is. don't make your mouth FOUL. its gonna be FAIL.

BYE!







talks END here.

UITM memang bijak bab nak bagi full tempat duduk dalam dewan seminar.

oh. angin dalam bilik aku agak kuat lately ni. okay, this weekend, aku tak pergi mana-mana pon. baikkan aku? baikkan? haaa. jangan tak tau. ingat aku kaki merayau ke? aku pon kaki duk kolej jugak. tapi minggu ni aku tak lekat kat dalam bilik. err. sebab semua gara-gara nak kutip kupon kolej. aku yang baik hati ni pergi ke merata-rata ceruk sumber untuk dapatkan kupon yang kecik cinonet gila. boleh kata macam besar ibu jari je jadah tu. tapi nak dapat punya la susah. kena attend seminar la, ceramah la, apala. sebagai student yang berdedikasi macam aku ni, aku pun attend la aktiviti yang berteraskan kupon. tak percaya? hmm, cuba tanya semua student uitm.


MESTI DIORANG PERNAH CAKAP MACAM NI.


1#
student A : weh, taknak gi ke? ade kupon lah. jom ah.
student B : ehh, kupon ade eh? haaa. jom.jom.


2#
student C : ishh. ade kupon tak weh? kang buat penat je aku pegi.
student D : ada ni. kalau takde jangan harap aku nak pegi.


3#
student E : kalau takde kupon ni, aku tuntut kat ketua program dia.
student F : hahh, tau takpe. 


4#
student G : weh, solat hajat jom! ada kupon ah. mesti ramai. jom la.
student H : ehh, yeke? jom ah, exam nak dekat dah. g solat dapat gak kupon.
student duraney : ermm. takpelah.ramai la. aku buat solat hajat kat bilik je lah. nanti amekkan kupon kat aku eh. 


5#
student  I : alaa, aku nak tengok movie la. tolong weh. tolong amekkan kupon kat aku. plissss. *sambil buat muka comel macam kartun jepun yang mata besar. 
student J : hmm. tengoklah nanti. kalau ada, ada lah. 
student yang dengki : kupon kau ada berapa dah? 
student I : errmm. ada 7 kot. 
student J : ehhh, mana aci! aku baru 5! taknak ah amek kat kau ! 
student yang dengki : hehehehe. padan muka!


6#
(okay. situasi apabila melihat sesuatu iklan aktiviti di board.) 

student 1; wehhh.wehh. ada aktiviti la. cam best je. haa. ada suria.fm lagi datang. 
student 2; caye sgt la suria.fm nk datang. kalau fly.fm datang nak gak aku pegi. hahahahah
student 1; mengada lah kau nih. 
student 2; jap.jap. ada ceramah la kat padang kawad wehh. ni malas nih.
student 3; weh, ceramah. japp. aku cek. *sambil belek2 iklan tu* haaaaaaaa. ada kupon. ada kupon. JOM!
student 1; ehh, ko bia betul. ada ke? takkan suria.fm datang nak bg kupon gak. 
student 2; betullah. tengok ni. *sambil tunjuk kat student 1 kat tepi-tepi bucu-bucu iklan tu ada tulis kupon disediakan.
student 1,2 dan 3 : jom ah weh. kutip kupon. datang lambat sikit pon tak pe. hehehehe. 




SEE ! memang bijak kan pihak uitm. nak fullkan tempat duduk dalam satu-satu aktiviti tu dia bagi kupon. kupon tu kegunaan dia untuk isi dalam kad aktiviti. kad aktiviti tu perlu dihantar pada penghujung semester. tambahan pula, untuk mendapat peluang yang cerah nak duduk kolej sem depan, kau kenalah kutip dan tampal kupon tu banyak-banyak. KONONNYAAA. lagi banyak kupon anda, lagi cerah peluang nak duduk kolej sem depan. macam tu lah. padahal, tak jugak. dia tengok kekosongan kolej jugak. kalau student new intake ada 5000 orang. lepastu, yang apply kolej untuk sem akan datang ada 2000 orang. lepastu kolej yang ada cuma 5000 penempatan. THEN HOW? disinilah para pelajar uitm akan merasa bengang yang teramat. hahahahaha. lain kali jangan berjanji kalau rasa tak boleh buat. ada faham. 




sebab, setudent yang attend aktiviti tu semua lahap kupon je. bukan nak dengar sangat apa penceramah dok bebel kat depan. lain lah macam aku, aku datang seminar, orang memekak-mekak, aku yang cakap shushhhhh. diam lah. bisinglah. hahahaha. betapa poyonya cik duraney kita. gahahaahaha. 



ok lah. BYE ! 
nak teman kawan aku jumpa boyfriend dia.
boyfriend aku bila la nak datang jumpa aku nih.
haihh. bosan!




talks END here.

February 22, 2011

.... mari kita tidur ......

mesti bosan kan? aah. memang aku tengah bosan pon sekarang ni. rasa macam dumbshit gila babi. tak tau la pasal apa. hahaha. bodoh la aku nih. hmm. pape je lah. 
aku takde mood la sekarang. kenapa tah. kenapa eh? oh. maybe sebab aku ingat kawan aku nak call aku sebab birthday dia semalam. but not. haha. pathetic lah you ni duraney. erm. biasalah. orang dah ada boyfriend. eh, apa kena mengena pulak nih? gila. aku rasa tak. maybe sebab nak test banyak ni. haihh.

aku nak diet. tolonglah. kalau la ada magic pill, boleh aku makan terus kurus. kan best. hehe. boleh dapat boyfriend handsome bila aku dah cantik. huahuahua. pandangan aku lah. budak handsome semua boring. boring. boring. tau tak? mesti bila dah handsome nak cover. urgh. sama la macam orang lawa. dah tau lawa kau tak payah la nak attract orang lagi. sebab kalau kau korek idung pon kau still lawa gak. the conclusion is, aku kena kurus jugak. untuk beli baju lawa-lawa. tapi hentah bila hentah. hahaha. apa kaitan entah. 


tapi kan, aku rasa kira okay lagi kalau orang lawa nak buat perangai gedik. aku tak tahan betul tengok budak tak lawa buat perangai menggedik. thats is so EUWWWW. tau tak EUWWWW? EUWWWW tu sejenis facial expression yang berkerut.kerut sambil mulut termuncung kedepan sebab hujung E.U tu ada WWW. tau tak betapa bapak hodohnya bila orang yang fucked up themselves to be that gedik, jalan sambil tersorong-sorong boobs mereka kedepan. tambahan dengan makeup murahan yang dipakai, bersama foundation yang tebal konon-kononnya dapat menutup jerawat dia tu dan maybe ditambah concealer yang kononnya dapat tutup jerawat kau yang memang sedia ada timbul tu. eishh. MALU. lah. kau tak malu eh? part aku malu nak tengok tu part kau adjust position boobs dengan ass jadi lebih lentik dari biasa tu yang aku tak tahan tu. 


eish. nak tegur marah. buat muka. aku pun malas lah kan. mulut aku memang laser pon. tapi aku laser kena tempat. kau ingat lawa sangat ke buat camtu? heish. tak tau lah apa nak jadi dengan orang perempuan zaman sekarang. haihh. dah la pakai tudung. tak lawa lah kalau buat ghope itunye. nak aku rakam ke setiap inci pergerakan kau yang memualkan tu then, send via email? haduhh. fail betul. FAIL.FAIL. 


aku dah tak larat nak mengutuk orang. lantak kome lah nak jadi ghope ape pon. aku tau aku je. asal aku okay, sihat, selamat, sejahtera, okay lah tu. hidup lagi aku kat bumi puncak alam ni even aku tak keluar weekend haritu. hahaha. entah apa kaitan entah. ahh. gasak ah. 


okay. BYE! 
kalau aku yang mengutuk,
7 hari 7 malam pon tak habis nak mengutuk orang yang aku jumpe kat sini.


talks END here.

February 12, 2011

aku pening kepala. aku rasa dia akan berpanjangan selama 5 hari. dan ia sangat F.

akibat keMAHALan tiket entrance sunway lagoon. dan keTERUJAAN aku semalam. aku naik tomahawk kat sunway lagoon errm. dalam 5 kali. gila tak gila. badan aku pusing 360 degree dalam benda tomahawk. sumpah best. hilang semua presentation aku sebelum ni. hahaha. naik big ship*aku xigt nama betul kat sunway lagoon tu apa. big ship yang mampu buat aku ketawa naik sebab kelakar tengok muka orang cuak kena spin 360 degree dalam kapal tu. orang muka nangis. aku boleh gelak. so, aku memang dah putus wayar. mana taknya, muka semua cemberut. lelaki macho naik pon muka jerit tutup mata. hahahaha.


cam sial je aku kutuk orang. effect naik tomahawk baru dapat harini. aku rasa pening kepala dari aku bangun tido tengah hari tadi sampai sekarang. (ya, aku seorang yang jujur, sebab tu aku mengaku aku bangun tengah hari, so, apalagi. tak payah kawin dengan aku)



aku naik pirates (bigship) 2 kali, tomahawk 5 kali, roller coster 2 kali. roller coster sunway memang panjang. tapi tak best. roller coster yang best kat times square. yang itu betul extreme. aku naik memang tutup mata. muka gila loya. last time aku pergi main kat times square masa dengan secondary school punya mmbe. aku rasa tu la first time aku masuk cosmo world kot. entah la. tak ingat. kaki jalan. mana nak la aku nak ingat. yang aku tau memang aku pernah masuk cosmo world. aku naik semua benda kat situ. dan kalau nak compare amusement park yang aku penah pegi kat malaysia n,i cosmo world sumpah yang paling extreme. kat genting pon ada 1game je yang extreme. solero. terangkat punggung wooh. muahahaha.



aku memang menggila semalam main kat sunway lagoon. pergh. besttt everrr. pergi dengan kawan, tempat tak best jadi best. lepastu tak ramai orang. tak payah beratur panjang.panjang. yang ni memang best. aku naik body slide tu dekat 5-6 kali. takde orang kan. hahaha. sampai sakit dada aku. lenguh tangan.tangan. main semalam. fuhh. anyway. sunway is a great place to go with your friends. 


semasa saya sedang bermandi manda di laguna sunway. eihh. payoh cakap bahasa baik sangat. tader, masa aku kat sunway semalam. aku ada la jumpa bersepah couple.couple en. ha. biasa la tu. tempat air camtu memang best ah kalau bawak boypreng kau kan. lagi.lagi yang dah ehem.ehem kan. sedap gila kan. dapat bagi boypreng kau tengok kau punya kan. kan dah banyak kan. aku bukan nak mengutuk ah. tapi realiti. apa aku nampak depan mata aku. betina ni. or i guess i can call her bitch ni, *rugi tak amek gambar dia, kalau tak mesti best buat troll kat sini. hahaha. dia pakai singlet kaler cokelat. tapi cair ah. pastu pakai bra kaler apa aku tak ingat. sampai bra pon aku nampak, aku dan kawan2 aku cakap, alang.alang nak tayang. apa kata kau bukak je singlet kau tu. tapi aku yang pompuan pun tengok rasa nak usha dari hujung ke hujung bila dia jalan. apatah lagi orang laki yang tengok. aku rasa boleh ehem.ehem diorang tengok pompuan tu. dah la besar gila. macam FUUUUUU. aku rasa macam nak cakap kat boypreng low class yang dia ada "eh, awak tak reti nak jaga bitch awak ni ke? nampak sangat la memang awak laki sangat yang suka tengok boobs pompuan. lagi besar lagi awak suka. kan? memang low class lah awak ni."




boypreng dia tu, siap peluk,peluk dalam air. pergh. gila sedap sial jantan tu. dapat awek murah camtu. muka awek ni cun gila. sumpah tak tipu. dah lah putih. haihh. memang bodo tak habis betul pompuang tu. jantan pulak muka macam bak kata kawan aku eksiden 4 kali baru dapat muka camtu. GET IT? macam mana dia punya muka? muka pecah rumah. pecah bangunan. pecah tembok. semua pecah ada. yang tak menahan tu siap ada main kuda kepang dalam air. main camana nak cakap ntah. tak reti la aku nak describe nye ha. geli aku. aku dengan niat nak mengejek pon buat lah adegan yang sama kat best preng aku. main comolot dalam air. hahaha. aku dengan pompuan. tak pa. takpa. muahaha. *bodoh la kalau ingat aku comolot betul2 dengan bestpreng aku tu kan. aku perempuan straight. tak da bengkang bengkok naa. 




hah. lepastu aku main.main dengan kawan aku. and, aku dah tak nampak dah mana couple bangang tu pergi. muahaha. lepastukan. kan. kan. aku salin baju. dah siap semua. aku naik kat amusement park sunway lagoon. aku nak pergi main tomahawk time tu. jalan.jalan. jeng.jeng.jeng. aku jumpa couple bangang ni balik. pergh. aku ingat dalam air je pompuan ni bitches camtu. rupanya memang hobi dia tayang boobs dia tu. pakai baju putih. bra merah. FUUUUUUU. sedap gila kalau kena troll dgn mrK kan. tak pon kena troll dengan obe ke. muahaha. bia femes skett. 
okay. aku dah penat troll unknown person kat sini. kepala aku pon memang dah macam tomahawk pusing dah. siap bayang axes betul.betul lagi duk pusing depan aku. aku nak tido.  since dah takda orang nak msg aku. haha. patehtic gila ayat. cam haram je.



k. BYE.






talks END here.

January 28, 2011

kipas angin kuat sangat.

WARNING: entri ni memang takde kaitan dengan kipas angin or whatsoever. 

lately ni, aku tak faham kenapa banyak sangat surrounding aku cerita pasal lelaki dan perempuan. ah F ah. aku tak tau nak buat intro camane.


#CASE 1 

ada seorang rakan jauh (XYZ), beliau menceritakan kepada rakan dekat beliau(ABC) yang merupakan rakan dekat aku. tapi aku tidak menjadi rakan dekat XYZ. so, si ABC la yang cerita kat aku. XYZ ni ada boypreng. diorang dah lama couple, boypreng XYZ ni dah kerja. so, dia dah tua. tua tu tak lah. tua dari umur aku. nak dijadikan cerita, boypreng XYZ ni KUAT jeles. yeah. cam babi kan? aku benci gila perkataan JELES. *dulu sekolah cikgu tak ajar cara nak eja jealous.sebab jeleskan sang XYZ ni ada fb, ada jantan mengorat depan mata, ada jantan minta nombor kat Yahoo Massenger!, boypreng XYZ ni sanggup pukul XYZ! lempang muka XYZ depan orang kat wayang, cubit.cubit XYZ sampai lebam.lebam biru.biru lengan. GILA! memang GILA! jantan tu memang 1 cent NO use. aku pon tak faham kenapa XYZ ni nak lagi kat boypreng dia tu. 

versi duraney kejam

kalau la. aku kata kalau benda yang sama jadi kat aku. haihh. cam F ah kan. aku ajak laki tu pergi KLCC, (baru kelas sikit) beli juice works pakai duit dia. aku curah juice works tu atas kepala dia. HAHH. baru in dengan aku. nak pukul aku sangat. kan dah kena humiliate dengan aku. baru buku bertemu pen. then aku cakap weh nama-dia, ingat kau tu husband aku ke? bodoh tak habis lah kau ni. pergi belajar cara mendidik isteri cara rasulullah dulu baru pukul aku. bengong. membazir kredit aku sms kau selama ni. 



versi duraney kampung

aku delete no phone, email, fb, twitter mamat tak guna tu. aku pulangkan balik semua kredit yang pernah tertopup. aku pulangkan semua barang yang pernah TERbagi. and i said. WE ARE OVER ! semua sayang i kat you hilang once you pukul i haritu. and DON'T YOU DARE to find me again. maybe nak lepas bengang aku pergi pijak kasut dia kuat.kuat. hahaha. puas hati. 



#CASE 2
 
ada la minah ni. dia bercinta dengan mamat tu. mereka bercinta agak lama. ermm. dalam 2 tahun. eh, entah lah. aku pun tak tau. tapi lama la sebagai kanak-kanak. cinta monyet adalah gelaran percintaan yang sesuai bagi mereka. aku sebagai seorang hamba allah yang baik hati hanya mendengar luahan hati si minah ni. si minah ni memang sayang dengan si mamat tu. si minah ni orang kata cun. bagi aku biasa je. ya, pandangan orang berbeza. ramai la yang meminati si minah ni. pergi bowling pun ada yang minta nombor. akibat dari kesetiaannya yang dungu terhadap mamat tu. dia memang tak layan mana.mana lelaki lain kerana di khuatiri mamat tu bersyak wasangka. tetapi, malangnya. kesetiannya yang konon.konon utuh tu telah dikhianati oleh mamat itu sendiri. mamat tu berlaku tidak jujur dengan minah ni. senang cerita mamat tu ambil adik angkat perempuan tanpa memberitahu minah ni. 



yang nak dinaik anginkan. minah ni kalau buat semua benda, hatta keluar ke shopping complex bersama abang kandung pun diberitahu kepada mamat tu. so, dia rasa di-betrayed oleh mamat tu. maka minah ni pun mintak clash. nak dijadikan cerita lagi, adik angkat si mamat tu adalah bestfriendsampaimati si minah ni. bestfriendsampaimati minah ni tak pernah bagitau kat minah ni yang bestfriendsampaimati ni adik angkat kepada mamat tu. ni memang kes double betray. si minah ni dapat tau pun daripada hasil curi.curi tengok sms bestfriendsampaimati dia. minah ni pun dengan naik anginnya memerli bestfriendsampaimati dia tu. nak tunjuk yang dia naik angin lagi, dia pergi maki si mamat tu-bekas boypreng dia. dalam masa tak sampai 1 hari. minah ni dengan dungu dan bodohnya pergi minta maaf kat mamat tu balik sebab rasa serba salah yang amat pergi maki mamat tu. 

okay, moral of the story. KAU TAK PAYAH LA PERCAYA SANGAT DENGAN TERMS BFF TU. lagi satu, kalau kau perempuan sekali pun. sila berlagak cool. walaupun kau memang ternyata sangat.sangat.sangat.SANGAT sakit hati dengan BFF kau tu. tak payah la pergi maki ex boypreng kau. maki bff kau dah la. haha. joke. tak payah maki, mari kita belajar psychology. kau buat la reverse psychology. pergi cari abang angkat and buat manja.manja ke. eh. apa aku ni. tak.tak. patut kau buat ilek dah la. tak worth it la nak gaduh pasal lelaki weh. ramai lagi kot hotstuff luar sana. and nak lagi mulus punya revenge versi perempuan, kau buat kad bff, bagi kat bff kau yang seangkatan dengan bff yang betrayed kau tadi tu. tapi kau tak payah bagi kad kat bff yang betrayed kau tu. biar dia terasaaaa. haahaahaa. tak pun masa birthday dia hantar la sms birthday 


"HB bitches! :)"



nanti aku sambung lagi. 
dah nak dekat pukul 1 ni. 
bilik aku bersepah gila
baju tak basuh lagi.
k. bye !




talks END here.

December 13, 2010

kena marah mesti tunduk muka.

siapa yang tak tunduk muka masa kena marah mesti dan CONFIRM kena cop kurang ajar. test lah. hari.hari aku pergi praktikal kena marah. masa kena marah memang sumpah sedih gila. rasa nak lari balik rumah. quit nursing. quit belajar. lepas tu rasa macam bodoh gila. sebab soalan simple pun tak boleh jawab. gila bodoh betul. macam tak belajar. tulah kesan tidur dalam kelas. pergi praktikal nanti dapat habuan.


aku ni dah la jenis terima je kalau kena marah. diam je. tunduk je muka. nanti lepas tu mula nak nangis. cengeng betul. haha. lagi.lagi kena tengking. perghh. lagi rasa nak keluar je air mata. sedih gila. rasa terhina kalau kena tengking. tak tau la kalau tu anggapan aku sorang. kawan.kawan aku yang lain macam rilek je kalau kena marah. lepastu salah jawab soalan rilek je. aku pulak lain. kalau tak leh jawab soalan lecturer rasa bodoh gila. macam tak belajar. ishh. padahal belajar. tapi tak ingat.


lagi satu, masa praktikal yang bestnya kalau tak pernah buat sesuatu procedure. time tu menggelabah gila buka notes. tak boleh belah. hahaha. mesti aku gelak masa baca notes tu. heyy. ingat aku boleh ingat semua step ke? haihh. kalau pesakit tengok mesti tak yakin kitaorang buat procedure kat dia. thehehe. kelakar doe. tengok kami.kami yang student ni menggelabah buka buku masa nak buat kerja. tak pun minta staffnurse tengokkan. tapi still takut gak. sebab tak reti buat. pastu nak buat. sebab terpaksa buat. untuk kejar cross. siapa tak faham ni meh jumpa aku. nanti aku terang detail. sebab aku rasa google pun takde bagitau kot pasal buku cross. *gaya cakap macam ada orang baca. -.-"


penat la harini. serius. dari 7 pagi aku buat kerja non-stop. pukul 12 tengah hari baru sedar yang tak rehat lagi. damn it. time genting macam tu lah kena marah pulak. hilang selera makan aku. ada pulak staffnurse panggil buat dressing. lepas tu patient bawak sekampung pulak datang melawat. ish. rimas betul. aku tau la kau tu femes kat kampung. aku tak kisah kalau nak datang. masalahnya datang melawat, lepastu sibukkk sangat nak tengok apa aku buat kat adik beradik dia. ehhh. geram betul. kau duk je lah diam.diam. tak payah nak sibuk. biar je aku buat kerja. haihh. tulah. deal dengan manusia ni memang kena banyak sabar.





talks END here.