Showing posts with label bosanggg. Show all posts
Showing posts with label bosanggg. Show all posts

February 25, 2012

kemalasan. berganda. ganda.

masa cuti cenggini pon aku still malas nak siapkan assignment. portfolio aku tuu. aku rasa macam nak kecoh 1 dunia yang aku buat portfolio dengan clinical audit tu. kau tahu?

malas gila nak sambung. ya RABBI. mana mood aku ni. 

bf aku dah hilang. tak tau la pergi mana. ish.

tadikan. tadikan. aku buat puding roti. tapi tak jadi. sedih aku tau. resipi aku dengar kat hotfm. HAHAHA. mak aku gelak je aku cakap amik resipi kat hot fm. sebab tu tak jadi kot. 

aku sambung plak semangat aku buat kek batik. sedap tu memang sedap. tapi tak de rupa kek batik. ada rupa biskut campur milo gaul. adik aku kata kek-batik-takda-rupa aku tu rasa masin. ADA KEE? maybe terlebih butter. huihuihui. 

memang aku takda skill nak buat kek kot. sedihs gues taus. sejarah hidup aku, aku pernah buat kek orange je. tu pun dah berkurun lama. gila punya lama. resipi memang tak ingat dah. lepastu tak pernah buat kek dah. hobi aku tengok orang buat kek kat channel 703,705 astro. lapar.lapar tengok situ terus kenyang. SADIS KAN? 

takpun, tengok orang masak lamb steak with cinnamon sauce*ada ke* aku masak nasi goreng cili api. sapa berani makan memang hebat. adik aku yang 6 tahun makan sesuap terus nangis lepastu marah marah aku, cakap KAK UNI NI MASAK PEDAS SANGAT. BUDAK KECIK MANA BOLEH MAKAN PEDAS. aku pon balas. ni kak uni punya. yang anas sibuk nak makan kenapa? sibukk je. 

k lah bye. 

*aku rasa aku takda teman nak bercakap la duk rumah ni. dah jadi pendiam dah aku sejak duduk rumah. asyik aku je kena layan orang cakap. -___-'





talks END here.

January 28, 2012

pukul 2 semalam kann

pukul 2 semalam aku tengah buat kerja la. hihi



bosan. internet lembap. facebook aku dah out. 



tinggal lah blog terkontang-kanting kat sini.



benda pelik bila aku masuk dashboard blog aku.



188 followers? eh tipu. 18 followers? apa korang nak dari aku nih? aku tak mampu bagi kesenangan dunia akhirat kat korang. bertaubatlah.



ok tak, sebenarnya. sebenarnya. nak cakap aku terharu ada orang nak follow. tu je. terima kasih tidak terhingga kerana sudi follow. sebenarnya blog ni dibuat tujuan asal bukan untuk difollow. sebab banyak carutan dan makian dan cercaan lembut yang ditonjolkan disini. MAKA, anda.anda.anda semua diharap jangan nak emosi sangat membaca blog ni. yang mencarut-carut tu memang ada kena mengena dengan yang hidup. tapi itu hanyalah KATA-KATA DARI SEORANG YANG KURANG KESABARANNYA. haa. 



ORANG TENGAH MARAH, SEMUA BENDA DIA NAK MARAH. habis semua kena tempias. korang baca dan buat-buat lupa ye. benda tak baik jangan simpan dalam hati. kang bernanah, takleh buat dressing. :P



sini takde aplikasi SUDAH BACA HARAP BALAS. cuma ada SUDAH BACA HARAP TERASA. 



hahaha. 



k. BYE!



*aku gurau je. anyway. terima kasih. :)




talks END here.