Showing posts with label ada la ilmu sikit. Show all posts
Showing posts with label ada la ilmu sikit. Show all posts

April 13, 2011

harini dah 13 haribulan. ohh. final aku minggu depan.

FINAL sem ni aku hanya doa boleh jawab dengan tenang. sebab final aku minggu depan tapi buku tak baca lagi. hebat gila bodoh. buka past years, soalan 1 pon dah tak boleh jawab. hmm. standard lah tak boleh jawab soalan 1 sebab soalan 10 baru boleh jawab. masa berjalan eh tak lari laju-laju masa aku praktikal. macam tak sempat nak kejar masa tu lari-lari main aci sembunyi belakang pokok. bodoh gila. masa senggang dah kau buat pergi melalak dengan roomate kau buat apa? bongok. *aku tak salahkan kau roomate. aku salahkan speaker kau yang kuat buat aku nak nyanyi. tak. aku tipu. sebenarnya memang aku yang dah berpinau tengok nota pediatrics.






secara seriusnya, minggu ni berlalu dengan pantas. sampai aku berkata eh, esok kan selasa. dan dimarahi oleh Clinical Instructor aku. sebab esok khamis. walaupun aku sedang menaip post, sepertinya otak aku di awang-awangan. aku tak tau la apa punca. sebab malam tadi aku dah tidur pukul 11.30. bangun pukul 5.30 pagi. so, aku cukup tidur. mungkin sebab aku tak makan tengah hari tadi. tapi aku baru lepas makan tadi. hmm. lantaklah kat dia nak sakit. tak larat nak layan. makin layan makin melampau. macam para pesakit dihospital. semua nak layanan first class padahal datang hospital bayar rm1 je. kecoh betul. 




kau jangan ingat baby ni comel senang nak bawak keluar. aku sekarang dah tak lut tengok baby comel, sebab nak keluarkan dia memang boleh hapuskan dosa. 



secara peribadinya, aku merasa insaf lepas masuk labor room tadi. even aku just jadi tukang pegang kepala mak baby tu sampai lenguh tangan aku. sebab aku pun tak faham kenapa staffnurse tu suruh aku pegang kepala mak tu. aku pun buat je lah. kang tak buat cakap apa pulak. student kan. buat la apa pun. masuk labor room memang buat aku loya tekak. apatah lagi tengok mak myanmar nak deliver baby. macam diluah mati emak ditelan mati bapak. tah apa kaitan aku taktau. kau baca je lah. 


sebabnya, semua staff situ dah cukup 1 malaysianya. ada doktor cina, india, melayu, ditambah staffnurse melayu dan para student melayu. dan kesemuanya boleh bercakap english. tetapi MALANGnya, mak myanmar tu tak faham bahasa kami. so, nak suruh meneran baby pon staff tak tau bahasa myanmar apa. so, bayangkan macam gajah cakap dengan tenggiling. suruh PUSH tak faham. suruh TERAN LAGI LAH TAK FAHAM. tapi aku dengar staff ada sebut NYET. NYET. entah apa NYET pon aku tak tau. yang penting muka mak tu dah naik hijau aku tengok. sakit gila nak beranak. rasa FOBIA aku nak mengandung. 




lepastu, mak myanmar tu dah tak larat. nadi pun dah tunggang terbalik. doktor pon suruh ambil forceps. aku tengok je forceps tu. aku cakap dalam hati. kepala hotak kau bapak gedabak gila nak bawak masuk dalam *****.astaghfirullahalazim. istighfar panjang aku. doktor bawak masuk forceps tu kat tempat mak nak beranak, sekali masuk doktor dapat kepala baby tu terus bawak keluar. BAPAK LAJU GILA KAU TAU TAK doktor tu buat kerja. perghhh. dia angkat keluar baby tu, dekat nak terlambung, hmm, memang dah terlambung aku rasa baby tu. dia letak atas perut mak. erm, macam depan muka mak tu la. lepastu cepat-cepat potong cord baby tu. lepastu selamat. aku pun dah pegang-pegang tangan dengan kawan aku. 




belah kiri vacuum process. belah kanan forceps process. aku tengok forceps process. kau bayangkan forceps gedabak tu masuk dari bawah. EHEMMM. lepas ni boleh tanya mak, beranak guna apa. kalau pakai belah perut memang tak rock la mak korang. ngahahaha


belum settle lagi. ada placenta lagi dalam perut mak tu. lepastu doktor tu dah bungkus-bungkus barang delivery tadi. dia buka set baru, set ni nak proses placenta pulak. aku rasa nak muntah tengok placenta ni keluar. sebab doktor tarik umbilical cord baby tu, dia akan tarik skali dengan placenta. so, gedebuk, terkeluar seketul placenta. meremang bulu roma aku tengok placenta seketul atas tangan doktor. doktor memang rileks la, sebab memang hari-hari kerja dia. aku ni first time tengok. thrill gila rasa. loya tekak tengok darah-darah.  


tercemar blog aku ada gambar ni. ni placenta seketul. ada tak macam aku cakap tadi. geli gila. nanti ni la yang ada dalam perut kau duraney, kalau kau ngandung nanti. errrrrr. ehemm.ehemmm.


sebelum doktor masukkan forceps tadi, dia ada GUNTING SIKIT part tempat nak keluar baby. nama GUNTINGAN tu episiotomy. time aku tengok doktor buat episiotomy tu, bapak gila tak gila aku pegang tangan kawan aku KUAT gila. macam aku pulak yang kena. hadoii. sakitnya. ada ke dia gunting? fuhh. nak beranak seksa wey. dihapuskan semua dosa. ya Allah. ngeri. dah gunting kena la jahit kan. sakit nak keluar anak tu lagi sakit dari nak jahit kat private part. aku yang tengok ni rasa nak pacak semua rambut. kepala hotak kau, sakit gila bodoh kena JAHIT kat private part. mak aii. doktor jahit dengan muka rileks dan confident nya. siap berborak-borak dengan staff. cewah. pro habis lah. memang hari-hari kerja jahit private part. so tak de hal la. aku yang first time tengok je yang feeling lebih. 



aku taknak cemarkan lagi blog aku letak gambar real. sebab ia sangat ngeri ye. adik-adik.



lepas ni jangan lawan cakap mak ye adik-adik. tak senang nak lahirkan kau. even time kecik2, mak kau tonyoh2 kepala kau, kau anggap je la tu sentuhan kasih sayang dari mak kau. berguna betul entri aku kali ni. bhahaha. 



k. BYE!






talks END here.

January 24, 2011

sumpah aku suka colbie caillat

okay. aku admit. lagu colbie caillat semua syahdu gila. bapak comel semua meaning lagu dia. uhh. uhh. contohnya lagu you got me. seriously, i've fall on to that songs. i repeat the song almost all the times. hahaa. sebelum tidur. buka laptop. duduk dlm kelas. and so on. haha. aku memang freak sikit kalau minat 1 lagu tu. aku akan dengar sampai aku rasa telinga aku nak berlubang and sampai aku nak muntah dengar lagu tu. hahaha. lagu i never told you pon best gak. wahahaha. 



*nota; aku anggap compliment kalau orang cakap aku pelik. :3



okayy. sem ni aku belajar pasal kanak.kanak. mereka adalah makhluk yang comel. dan sangat comel.dan sangat sakit untuk dikeluarkan. urgghh. aku tak sanggup tengok video mak yang nak bersalin tanpa menutup mata sikit.sikit. adoii. GILA. memang takut. okay. boleh cakap aku nurse yang tak boleh pakai. meremang bulu roma tau tak. ya Allah. takut.takut. camane la orang boleh bersalin dalam toilet. sakitnye. ;(



tadi i've learnt peads(peadiatrics). they are the complicated creature bak kata mak aku tulang diorang tu macam tulang ikan sardin. salah sikit patah. salah sikit terpeleot. tangan aku ni pulak memang macam ada minyak pelincir. dulu, masa jaga adik aku yang kecik, aku asyik jatuhkan dia je. kesian adik aku kan? tapi alhamdulillah adik aku sekarang SANGAT nakal dan SANGAT comel dan SANGAT cerdik. agaknya dari hentakkan yang aku buat kot. tapi baru aku tau tadi. leceturer aku cakap, kalau kita main timang.timang budak kecik, nerve diorang boleh putus. shockening syndrome kot nama dia. and aku pon macam, oh my god, oh my god. nasib adik aku tader pape.


lepastu ada lagi aku belajar, pasal budak cleft lips and palate. atau sumbing. aku macam pergh.pergh. kesian gila budak kena cleft lips. sangat kesian. they need to endure their budak.budak life to have all those treatment. so, sila bersyukur. jangan ejek orang cleft lips. masa diorang kecik2 pon dyorang akan kena buat surgery. lepastu kena pakai logan bow. logan bow tu sejenis machine, eh tak, sejenis benda yang diletakkan kat mulut baby yang buat surgery cleft lips tu. sangat jatuh kasihan. okay. hati aku sangat lembut when it comes to kanak.kanak dan baby yang ada those penyakit. ;'(


kesian. woo.woo. :((


nak tau lebih lanjut, google je la sendiri. aku rasa kalau aku posting wad peads mesti aku cam ala.ala cover nak nangis. lagi.lagi kalau aku tau budak tu ada penyakit yang involve the entire life macam budak HIV. kesian kat diorang. they also got life. tapi dyorang need to endure their life by taking those meds. mentality malaysian mesti cakap benda tak elok kat budak yang ada HIV. memang kesian ah. and.and. tak semua yang kena HIV tu buat benda tak baik. contohnya ada nurse yang tercucuk tangan dia dengan jarum yang orang ada HIV. then, dia tak tau. then, dia ada HIV sebab TERRRcucuk tangan dengan jarum yang ada darah HIV. then orang still takut kan? orang still taknak dekat dengan dia. then kesian dia. aku doa sangat aku tak kena benda.benda cam ni. 


but still ada lagi yang tak faham dan actualy tak memahami kerja-kerja nurse dan doktor sangat bahaya. diorang ada yang tak faham, semua benda nak cepat. semua nak cepat. grrrr. aku memang nak naik angin kalau orang bising.bising kata lambat buat kerja. ingat KAU je ke yang sakit kat situ. melambak lagi orang aku nak layan. nak cepat pergi la minta service kat prince court ke, columbia asia ke, sime darby hospital ke. tak payah la pergi kerajaan. haihh. memang menambah keimanan betul. 


k lah. tak tau nak mencarut apa lagi. 
BYE!


talks END here.